hari ni, satu hari saya habiskan masa dengan membuat blog baru... ala, blog biasa2 aje pun... sebab tulah tak guna template yang cantik dan gah macam penulis2 lain... asal orang minat baca karya saya, itu sudah saya syukuri...
bercakap tentang karya terbaru saya, semuanya saya letakkan di Ilham Karangkraf... Insya Allah, ada rezeki adalah karya terbaru saya... jika tiada pun, saya yakin Allah tetap akan memberi rezeki walau dengan apa cara... asalkan rajin usaha dan selalu berdoa, Insya Allah hajat kita tidak akan pernah dihampakan... lagipun, cepat atau lambat sesuatu rezeki itu tiba bukannya berada di tangan kita... hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... jangan lupa, perancangan Allah jauh lebih baik dan sememangnya yang terbaik untuk kita... Insya Allah...
Di waktu ini, berlangsungnya jualan gudang di Grup Bukukarangkraf... saya tak mampu nak sertai, sekadar boleh tolong promosi pada kawan-kawan yang tidak tahu... sekadar menghantar mesej di laman sosial Facebook dan juga mesej telefon... bukan tidak berminat untuk turut serta membuat promosi besar-besaran tapi kekangan masa membantutkan niat... tak apalah, semoga semuanya berjalan dengan cukup lancar dna meriah... buat kawan2 yang sudah dan ingin ke sana, jangan lupa dapatkan karya2 terbaru terbitan Grup Buku Karangkraf... Insya Allah, karya2nya pasti tidak akan mengecewakan... buat sesiapa yang tidak dapat pergi seperti saya, bantulah melakukan promosi sekadar mana yang termampu... bukan kerana saya penulis Grup Bukukarangkraf maka saya mempromosi tapi kerana berkongsi ilmu itu besar pahalanya... besar manfaatnya jika kita saling menyeru saudara seagama mahupun sesama manusia untuk sentiasa menambahkan pengetahuan... fikir2kanlah ya... salam hujung minggu buat semua...