Saturday, October 05, 2013

Sekadar berkongsi rasa....



Lama sudah tidak menulis di sini... rindu? ada jugak perasaan tu walau tak sepenuhnya... sehari dua ni saya sibuk menyiapkan blog terbaru... sengaja buat blog baru walau sedar, blog yang sedia ada ni pun tak terjaga... bukan apa, blog ni bolehlah dibuat blog tempat meluah perasaan... nak baca karya2 saya, silalah ke blog yang terbaru ya... nama blog? mudah saja, http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/ pendek dan mudah diingat bukan? entah macam mana boleh terkeluar idea nak meletak nama tu pun saya tak tahulah sebab masa buat blog baru ni, otak blank sekejap... maklumlah, kepala penuh dengan manuskrip terbaru yang masih dalam pembikinan...
hari ni, satu hari saya habiskan masa dengan membuat blog baru... ala, blog biasa2 aje pun... sebab tulah tak guna template yang cantik dan gah macam penulis2 lain... asal orang minat baca karya saya, itu sudah saya syukuri...
bercakap tentang karya terbaru saya, semuanya saya letakkan di Ilham Karangkraf... Insya Allah, ada rezeki adalah karya terbaru saya... jika tiada pun, saya yakin Allah tetap akan memberi rezeki walau dengan apa cara... asalkan rajin usaha dan selalu berdoa, Insya Allah hajat kita tidak akan pernah dihampakan... lagipun, cepat atau lambat sesuatu rezeki itu tiba bukannya berada di tangan kita... hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... jangan lupa, perancangan Allah jauh lebih baik dan sememangnya yang terbaik untuk kita... Insya Allah... 
Di waktu ini, berlangsungnya jualan gudang di Grup Bukukarangkraf... saya tak mampu nak sertai, sekadar boleh tolong promosi pada kawan-kawan yang tidak tahu... sekadar menghantar mesej di laman sosial Facebook dan juga mesej telefon... bukan tidak berminat untuk turut serta membuat promosi besar-besaran tapi kekangan masa membantutkan niat... tak apalah, semoga semuanya berjalan dengan cukup lancar dna meriah... buat kawan2 yang sudah dan ingin ke sana, jangan lupa dapatkan karya2 terbaru terbitan Grup Buku Karangkraf... Insya Allah, karya2nya pasti tidak akan mengecewakan... buat sesiapa yang tidak dapat pergi seperti saya, bantulah melakukan promosi sekadar mana yang termampu... bukan kerana saya penulis Grup Bukukarangkraf maka saya mempromosi tapi kerana berkongsi ilmu itu besar pahalanya... besar manfaatnya jika kita saling menyeru saudara seagama mahupun sesama manusia untuk sentiasa menambahkan pengetahuan... fikir2kanlah ya... salam hujung minggu buat semua...

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012