Saturday, July 21, 2012

sekadar renungan buat insan bergelar wanita...

Istimewanya Wanita 

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. 

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. 

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan saya mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. 

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga. 

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga. 

10. Daripada Aisyah lah.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya) 

15. Aisyah lah.ha. berkata "saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya". 

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki. 

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun). 

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

22.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya. 

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab. 

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi. 

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya. 

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. 

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad. 

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. 

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya). 

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki. 

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan. 43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya. 

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. 

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." 

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat." 

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian." 

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya." 

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat." 

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. 

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). 

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
 

Thursday, July 12, 2012

Kelebihan beristighfar



Fadhilat beristighfar: 

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalanharian kita.

        Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkanAllah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yangtidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan  Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

         "Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.

"Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.Dengan kisah yang dikemukakan ini, moga kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
 
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. 

Wednesday, July 11, 2012

Senyum jelah....

Petua gila...
1.Petua Cepat Di Pinang - banyakkn minum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stapler di tempat yang kendur
3.Menghilangkan Cagu - Poyong Jari yang Kena cagu 
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyk Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak
6.Melentikkan Bulu Mata - Pakailah Bulu Mata Palsu
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dengan Pisau Cukur Cap Buaya
10.Mengempiskan Perut - Jangan makan & jangan minum
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan mekap Jangan basuh-basuh
12.Menyegarkan Mata - tuang Eyemoist
13.Mengelakkan Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunalah Spray Anti Kelemumur
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut Tangga Kecemasan
16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Terjengket-jengket
17.Memerahkan Bibir - Pakai Pewarna Merah
18.Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dengan Kertas Pasir Atau Gabus
19.Menaikkan Seri muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi.


Tok batin dan polis trafik...
Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Iban telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"" 
Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. 
"Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.." 
"Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.

Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.

Tok Batin dengan muka selamba dan tak peduli terus saja memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.
"Oii, ape ni! Nak bunuh orang ke?! Berhenti depan kita macam ni! Tengok belakang kita ade dua orang anak buah kita. Kamu takpa la pakai topi keras, yang kita ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kita mati?!" marah Tok Batin.
"Pak Cik, kenapa saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu. 
Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak belakang motor kita dah penuh dua orang, mana boleh tumpang lagi!!"



Tak minat...
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan," balas orang itu.




Monday, July 09, 2012

Ini aktivitiku....

Selamat pagi...
Ada yang bertanya, apa yang saya lakukan sepanjang bercuti di kampung minggu lalu? jawapannya? Memang banyak aktivitinya... 
bangun saja tidur, selesai mandi dan solat, perkara pertama dibuat tentulah menyediakan sarapan buat mak dan bapa.... satu sikap kedua orang tua saya, lebih suka anak-anak sediakan sarapan mereka jika kami pulang ke kampung... kata mereka, dari kecil kami sudah sedia merasa air tangan mereka jadi bila kami sudah dewasa mereka pula ingin merasa air tangan kami... kedengarannya seperti mak bapa saya suka meminta balasan dari anak-anak tapi bagi kami adik beradik, terutamanya perempuan, inilah masanya untuk menunjuk kepakaran dalam bidang masakan kepada orang tua yang adakala sedikit cerewet bila sudah usia sudah mencecah penghujung hari ini... mujur saya punya selera bersamaan dengan selera bapa yang lebih cerewet dari mak jadi sudah tentunya hidangan saya tidak pernah dikritik oleh bapa.... setakat ini jelah... tak tahulah di masa depan bagaimana pula... harap-harap sampai bila-bila pun begitu...
berbalik pada aktiviti saya, sambil mnyediakan sarapan, saya juga membasuh basuh (guna mesin tau!), memasak air dan kalau sempat saya bersihkan ruang dapur... ini salah satu sikap saya... wajib cuci dapur setelah selesai menggunakannya... 
selesai sarapan, selalunya saya akan sidai baju, kemas rumah, dan kemudian bermulalah acara yang paling saya suka... jalan-jalan ke rumah jiran-jiran tetapi jiran-jiran yang terdekat saja... jiran-jiran di kampung saya ramah-ramah belaka... tak kisahlah rumah mereka bagai kapal pecah pun mereka tetap akan mnjemput masuk... dan saya sememangnya tak pernah kisah semua tu dengan rela hatinya akan membantu... biasalah, rumah mana yang tidak akan bersepah jika punya anak-anak yang sedang membesar?
sebelum tengah hari, saya akan pulang untuk sedia makan tengah hari... kadang-kadang saya makan di rumah jiran saja... jika tidak jiran akan mengirim lauk sepinggan dua buat keluarga kami... bunyinya seperti pergi meminta lauk pauk dari jiran tetangga saja tetapi beginilah cara hidup orang di sini... percaya atau tidak, setiap kali pulang ke kampung terutamanya ketika bulan puasa, saya mnghabiskan masa dua hingga tiga jam setiap petang semata-mata kerana ingin memulangkan pinggan jiran tetangga... malah kebanyakan pinggan-pinggan jiran banyak mengisi ruang rak pinggan di rumah saya... memang mereka tidak meminta balasan tetapi orang sudah berbudi, mustahil kita tak berbahasa bukan?
selalunya selepas zuhur, saya luangkan masa bersama anak-anak jiran yang baru pulang dari sekolah... membantu mereka menyiapkan kerja-krja sekolah apa yang patut... senang kata, saya adalah guru tidak rasmi bagi budak-budak kampung di kawasan ini.... tidak juga kerja sekolah, segala masalah dan cerita terbaru tentang sekolah mereka juga akan diceritakan dan saya sebagai pendengar yang baik, hanya memasang telinga dan menyampuk apa yang patut... seronok sebenarnya melayan karenah budak-budak apatah lagi yang baru mnganjak ke usia remaja... ada saja kisah lucu yang ingin mereka ceritakan malah ada antaranya lebih senang bercrita dengan saya berbanding ibubapa mereka sendiri... mungkin inilah dunia remaja sekarang... teman-teman dan kenalan rapat adalah tempat utama mereka curahkan rasa hati dari ibubapa sendiri...
lewat petang, saya habiskan masa pula dengan anak-anak jiran yang boleh dikategorikan sebagai gadis remaja... balik kerja saja, rumah saya yang akan menjadi tempat utama melepak... yang pulang bercuti semester, yang baru pulang kerja juga ibu-ibu yang baru selesai menyiapkan krja rumah turut sama menyertai ruang lepak kami iaitu di depan rumah kak long, jiran sebelah rumah saya... tiada kisah khusus yang kami ceritakan mlainkan isu-isu semasa atau kisah jiran tetangga...mngumpat? tidak juga sebab jiran-jiran saya jarang membuka kisah sebegitu melainkan jika hanya ada seorang dua dalam sesi melepak ini... 
selepas maghrib pula, rumah saya akan mula dikunjungi oleh anak-anak jiran yang tak puas berbual siang tadi... walau keluarga saya jarang makan malam tapi kerana jiran tetangga jarang-jarang berkunjung dengan hanya membawa badan, mahu tak mahu kami terpaksa juga turut serta dalam sesi makan malam beramai-ramai ini... makanannya juga bukan ringa-ringan... nasi setalam, bubur sebesen atau mi goreng setalam besar... air minuman tak usah dikata... berteko-teko jugalah jumlahnya dan selalunya tentang ini saya tak risau kerana anak-anak jiran telah sedia menyiapkannya seblum saya selesai solat lagi... 
selepas isyak... kumpulan budak-budak balik dari menggaji pula tiba... selalunya mereka datang untuk menonton televisyen... di rumah sendiri bukan tiada tapi di rumah saya, mak selalunya sangat memanjakan mereka... buatlah apa yang mereka mahu asalkan tidak terlalu bising dan saya pula, selagi rumah tidak sama taraf dengan tempat tong sampah, saya alu-alukan kedatangan semua... jika esoknya bercuti, maka terpaksalah saya keluarkan segala bantal dan toto yang ada... sudah tahu, pasti ada yang akan terbongkang di depan tv sampai ke esok pagi... ada pula yang hanya akan pulang ke rumah tengah hari esoknya walau rumah kami hanya berselang beberapa pintu... 
banyak kisah menarik yang berlaku ketika saya di kampung... itu belum termasuk kisah saya dan anak-anak jiran merempit ke Arau, Alor Setar dan lain-lain tempat... seronok sebenarnya bila seskali meluang masa bersama-sama jiran-jiran yang pastinya suatu hari nanti tidak akan selamanya bersama kita... jadi manfaatkanlah masa yang ada sekarang dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan.... 

Sunday, July 08, 2012

Larikan diri!!!!!

Tiba-tiba petang sabtu lalu saya terfikir untuk mmbuat satu keputusan drastik... larikan diri ke satu tempat yang dirasakan mampu mengurangkan tekanan yang ada dalam diri sejak beberapa minggu lepas... ke mana? hmmm... mana lagi kalau bukan nun jauh di kampung halaman...
mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa begitu jauh melarikan diri? nun di kampung yang letaknya hanya tinggal beberapa kilometer sudah boleh mlihat tanah ngara jiran? jawapannya sama seperti orang lain... tiada tempat terbaik yang boleh menenangkan fikiran dan hati yang penuh tkanan selain dari kampung halaman sendiri...
sejujurnya, tiada apa yang menarik di sini... saya sendiri sebenarnya tidak pasti sama ada harus menggelarkannya kampung atau sebaliknya memandangkan kampung tempat kami menetap ini hanyalah sebuah kawasan perumahan teres biasa... tetapi kerana dikelilingi oleh kawasan kampung dan dihuni oleh kebanyakan orang-orang yang masih kuat berpegang pada cara hidup orang kampung maka saya rasa layak untuk saya gelarkannya sebagai kampung...
hmm... apa istimewanya kampung saya ni? macam kampung-kampung lain, kampung saya juga sama saja... suasananya tenang, berdekatan dengan kawasan sawah padi dan sungai... terdapat pusat pelancongan di sini dan jangan tak tahu, selalu juga penggambaran drama atau filem dilakukan di sini... jadi berpeluanglah anak-anak kampung sekitar melihat dengan lebih dekat artis-artis kita yang majoritinya boleh dikatakan tidak sombong dan baik-baik belaka... 
walau saya dan adik beradik tidak dibesarkan di sini, tapi nilai kehidupan yang kami lalui sepanjang berada di sini sangat-sangat menakjubkan... anak-anak jiran bebas untuk keluar masuk di rumah-rumah jiran seperti rumah itu adalah rumah mereka sendiri… bukan saja makan, tidur bahkan mandi pun di rumah jiran yang sudah dianggap seperti rumah sendiri… tidak kisahlah sama ada rumah itu bagai tongkang pecah atau sekemas muzium negara, asalkan layanan tuan rumah seperti layanan hotel kelas pertama, ada saja anak-anak jiran yang bakal bertandang tanpa perlu diundang…
Oleh kerana mak bapak saya jenis yang tidak kisah dan maka rumah kami menjadi salah satu tempat melepak paling popular di kawasan perumahan ini… sesekali ada juga rasa rimas hadir dalam diri setiap kali pulang ke kampung tapi inilah realitinya… pernah satu ketika mula-mula berpindah ke sini saya tertidur di ruang tamu rumah pada satu petang… dan bila terjaga, alangkah terkejutnya saya bila mendapati bukan saya seorang yang tertidur di situ tetapi hampir lima orang kanak-kanak berlainan ibubapa turut sama berbaring di sekeliling saya… entah bila masa dan anak siapa, saya tidak tahu tapi kerana masing-masing gembira dengan layanan baik mak bapa saya, maka itulah yang terjadi… aneh namun lama kelamaan saya sudah boleh menerima keadaan itu… bahkan sangat-sangat gembira berbuat demikian setiap kali pulang ke kampung…
Ada lagi yang membuatkan saya senang di sini… kami gemar memasak ramai-ramai dan kemudian makan beramai-ramai di mana-mana rumah dan sekali lagi selalunya rumah kami yang menjadi pilihan kerana selain tiada kanak-kanak, rumah mak bapa saya juga tidak punya perabot… seperti rumah pengantin baru kata jiran-jiran… tapi itulah antara sikap mak bapak saya… tidak suka pada barangan yang menyempitkan rumah yang sedia sempit…
Berbanding di rumah lama kami di Alor Setar, kejiranannya sangat-sangat berbeza…. Terlalu payah kami bersua muka sedangkan masing-masing sudah pencen dan tidak bekerja… dalam erti kata lain, hidup sendiri-sendiri…. bapa pula seorang yang peramah dan mungkin kerana inilah yang membuatkan dia sanggup menjual rumah besar kami itu dan mengubah arah ke Kodiang pula… memang agak sempit bagi kami yang punya adik beradik ramai tapi sikap jiran-jiran yang seperti sanak saudara sendiri nyata membahagiakan kedua orang tua saya...
Hubungan kami juga erat… orang tua saya tidak segan silu meninggalkan kunci rumah pada jiran-jiran jika mereka ke mana-mana… malah disuruh pula untuk makan dan tidur di sana… baiknya jiran-jiran, tidak pernah melanggar batas sepatutnya… sangat-sangat menghormati hak dan harta benda… walau sekadar ingin mengambil sesudu garam, pasti mereka akan menelefon meminta kebenaran… jika tidak pada orang tua, pastinya pada saya yang sememangnya cukup rapat dnegan mereka… dan sebagai balasan, rumah kami akan dibersihkan sebersih-bersihnya… tidak meminta tapi itulah cara mereka membalas kebaikan kami sekeluarga… senang kata bukan saja harta benda malah segala perkara termasuk hal ehwal kerjaya, rumahtangga malah masalah peribadi juga turut dikongsi bersama… tiada istilah anak jiran antara kami tetapi ika ada yang bertanya, siapa ni? jawapan yang sering diberi, ini adik saya atau kakak saya, abang saya … indah bukan hidup begini?
Tapi bukan kerana jiran-jiran saya seringkali mencuri masa pulang ke kampung… bukan juga kerana ketenangannya membuatkan saya benar-benar mahu sentiasa berada di sana tetapi sebab utamanya hanya satu… kerana di situ, terdapatnya dua insane yang saya tahu dan mesti saya jagai hati dan perasaan mereka… siapa lagi kalau bukan kedua orang tua saya… melihat mereka, hilang rasanya segala tekanan yang ada... dan berbual dengan mereka, segala duka lenyap serta-merta... 
itulah ajaibnya orang tua kita... tak perlu kita berkata-kata panjang berjela, melihat wajah saja pun mereka sudah tahu apa yang ada di hati kita... satu anugerah yang tak ternilai dari Allah bukan?
So, untuk mereka yang masih punya orang tua, jangan lupa untuk menjenguk mereka di kampung… terutama bagi mereka yang masih bergelar bujang seperti saya… seboleh mungkin cubalah untuk luangkan masa bersama mereka kerana kita tak tahu sampai bila kita mampu melakunanya atau sampai bila mereka akan terus berada di sisi kita di dunia ini…jadi gunakan peluang yang ada untuk berbakti sehabis mungkin untuk mereka supaya jangan kita menyesal di kemudian hari....
 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012