Tiba-tiba petang sabtu lalu saya terfikir untuk mmbuat satu keputusan drastik... larikan diri ke satu tempat yang dirasakan mampu mengurangkan tekanan yang ada dalam diri sejak beberapa minggu lepas... ke mana? hmmm... mana lagi kalau bukan nun jauh di kampung halaman...
mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa begitu jauh melarikan diri? nun di kampung yang letaknya hanya tinggal beberapa kilometer sudah boleh mlihat tanah ngara jiran? jawapannya sama seperti orang lain... tiada tempat terbaik yang boleh menenangkan fikiran dan hati yang penuh tkanan selain dari kampung halaman sendiri...
sejujurnya, tiada apa yang menarik di sini... saya sendiri sebenarnya tidak pasti sama ada harus menggelarkannya kampung atau sebaliknya memandangkan kampung tempat kami menetap ini hanyalah sebuah kawasan perumahan teres biasa... tetapi kerana dikelilingi oleh kawasan kampung dan dihuni oleh kebanyakan orang-orang yang masih kuat berpegang pada cara hidup orang kampung maka saya rasa layak untuk saya gelarkannya sebagai kampung...
hmm... apa istimewanya kampung saya ni? macam kampung-kampung lain, kampung saya juga sama saja... suasananya tenang, berdekatan dengan kawasan sawah padi dan sungai... terdapat pusat pelancongan di sini dan jangan tak tahu, selalu juga penggambaran drama atau filem dilakukan di sini... jadi berpeluanglah anak-anak kampung sekitar melihat dengan lebih dekat artis-artis kita yang majoritinya boleh dikatakan tidak sombong dan baik-baik belaka...
walau saya dan adik beradik tidak dibesarkan di sini, tapi nilai kehidupan yang kami lalui sepanjang berada di sini sangat-sangat menakjubkan... anak-anak jiran bebas untuk keluar masuk di rumah-rumah jiran seperti rumah itu adalah rumah mereka sendiri… bukan saja makan, tidur bahkan mandi pun di rumah jiran yang sudah dianggap seperti rumah sendiri… tidak kisahlah sama ada rumah itu bagai tongkang pecah atau sekemas muzium negara, asalkan layanan tuan rumah seperti layanan hotel kelas pertama, ada saja anak-anak jiran yang bakal bertandang tanpa perlu diundang…
Oleh kerana mak bapak saya jenis yang tidak kisah dan maka rumah kami menjadi salah satu tempat melepak paling popular di kawasan perumahan ini… sesekali ada juga rasa rimas hadir dalam diri setiap kali pulang ke kampung tapi inilah realitinya… pernah satu ketika mula-mula berpindah ke sini saya tertidur di ruang tamu rumah pada satu petang… dan bila terjaga, alangkah terkejutnya saya bila mendapati bukan saya seorang yang tertidur di situ tetapi hampir lima orang kanak-kanak berlainan ibubapa turut sama berbaring di sekeliling saya… entah bila masa dan anak siapa, saya tidak tahu tapi kerana masing-masing gembira dengan layanan baik mak bapa saya, maka itulah yang terjadi… aneh namun lama kelamaan saya sudah boleh menerima keadaan itu… bahkan sangat-sangat gembira berbuat demikian setiap kali pulang ke kampung…
Ada lagi yang membuatkan saya senang di sini… kami gemar memasak ramai-ramai dan kemudian makan beramai-ramai di mana-mana rumah dan sekali lagi selalunya rumah kami yang menjadi pilihan kerana selain tiada kanak-kanak, rumah mak bapa saya juga tidak punya perabot… seperti rumah pengantin baru kata jiran-jiran… tapi itulah antara sikap mak bapak saya… tidak suka pada barangan yang menyempitkan rumah yang sedia sempit…
Berbanding di rumah lama kami di Alor Setar, kejiranannya sangat-sangat berbeza…. Terlalu payah kami bersua muka sedangkan masing-masing sudah pencen dan tidak bekerja… dalam erti kata lain, hidup sendiri-sendiri…. bapa pula seorang yang peramah dan mungkin kerana inilah yang membuatkan dia sanggup menjual rumah besar kami itu dan mengubah arah ke Kodiang pula… memang agak sempit bagi kami yang punya adik beradik ramai tapi sikap jiran-jiran yang seperti sanak saudara sendiri nyata membahagiakan kedua orang tua saya...
Hubungan kami juga erat… orang tua saya tidak segan silu meninggalkan kunci rumah pada jiran-jiran jika mereka ke mana-mana… malah disuruh pula untuk makan dan tidur di sana… baiknya jiran-jiran, tidak pernah melanggar batas sepatutnya… sangat-sangat menghormati hak dan harta benda… walau sekadar ingin mengambil sesudu garam, pasti mereka akan menelefon meminta kebenaran… jika tidak pada orang tua, pastinya pada saya yang sememangnya cukup rapat dnegan mereka… dan sebagai balasan, rumah kami akan dibersihkan sebersih-bersihnya… tidak meminta tapi itulah cara mereka membalas kebaikan kami sekeluarga… senang kata bukan saja harta benda malah segala perkara termasuk hal ehwal kerjaya, rumahtangga malah masalah peribadi juga turut dikongsi bersama… tiada istilah anak jiran antara kami tetapi ika ada yang bertanya, siapa ni? jawapan yang sering diberi, ini adik saya atau kakak saya, abang saya … indah bukan hidup begini?
Tapi bukan kerana jiran-jiran saya seringkali mencuri masa pulang ke kampung… bukan juga kerana ketenangannya membuatkan saya benar-benar mahu sentiasa berada di sana tetapi sebab utamanya hanya satu… kerana di situ, terdapatnya dua insane yang saya tahu dan mesti saya jagai hati dan perasaan mereka… siapa lagi kalau bukan kedua orang tua saya… melihat mereka, hilang rasanya segala tekanan yang ada... dan berbual dengan mereka, segala duka lenyap serta-merta...
itulah ajaibnya orang tua kita... tak perlu kita berkata-kata panjang berjela, melihat wajah saja pun mereka sudah tahu apa yang ada di hati kita... satu anugerah yang tak ternilai dari Allah bukan?
So, untuk mereka yang masih punya orang tua, jangan lupa untuk menjenguk mereka di kampung… terutama bagi mereka yang masih bergelar bujang seperti saya… seboleh mungkin cubalah untuk luangkan masa bersama mereka kerana kita tak tahu sampai bila kita mampu melakunanya atau sampai bila mereka akan terus berada di sisi kita di dunia ini…jadi gunakan peluang yang ada untuk berbakti sehabis mungkin untuk mereka supaya jangan kita menyesal di kemudian hari....
No comments:
Post a Comment