Monday, July 09, 2012

Ini aktivitiku....

Selamat pagi...
Ada yang bertanya, apa yang saya lakukan sepanjang bercuti di kampung minggu lalu? jawapannya? Memang banyak aktivitinya... 
bangun saja tidur, selesai mandi dan solat, perkara pertama dibuat tentulah menyediakan sarapan buat mak dan bapa.... satu sikap kedua orang tua saya, lebih suka anak-anak sediakan sarapan mereka jika kami pulang ke kampung... kata mereka, dari kecil kami sudah sedia merasa air tangan mereka jadi bila kami sudah dewasa mereka pula ingin merasa air tangan kami... kedengarannya seperti mak bapa saya suka meminta balasan dari anak-anak tapi bagi kami adik beradik, terutamanya perempuan, inilah masanya untuk menunjuk kepakaran dalam bidang masakan kepada orang tua yang adakala sedikit cerewet bila sudah usia sudah mencecah penghujung hari ini... mujur saya punya selera bersamaan dengan selera bapa yang lebih cerewet dari mak jadi sudah tentunya hidangan saya tidak pernah dikritik oleh bapa.... setakat ini jelah... tak tahulah di masa depan bagaimana pula... harap-harap sampai bila-bila pun begitu...
berbalik pada aktiviti saya, sambil mnyediakan sarapan, saya juga membasuh basuh (guna mesin tau!), memasak air dan kalau sempat saya bersihkan ruang dapur... ini salah satu sikap saya... wajib cuci dapur setelah selesai menggunakannya... 
selesai sarapan, selalunya saya akan sidai baju, kemas rumah, dan kemudian bermulalah acara yang paling saya suka... jalan-jalan ke rumah jiran-jiran tetapi jiran-jiran yang terdekat saja... jiran-jiran di kampung saya ramah-ramah belaka... tak kisahlah rumah mereka bagai kapal pecah pun mereka tetap akan mnjemput masuk... dan saya sememangnya tak pernah kisah semua tu dengan rela hatinya akan membantu... biasalah, rumah mana yang tidak akan bersepah jika punya anak-anak yang sedang membesar?
sebelum tengah hari, saya akan pulang untuk sedia makan tengah hari... kadang-kadang saya makan di rumah jiran saja... jika tidak jiran akan mengirim lauk sepinggan dua buat keluarga kami... bunyinya seperti pergi meminta lauk pauk dari jiran tetangga saja tetapi beginilah cara hidup orang di sini... percaya atau tidak, setiap kali pulang ke kampung terutamanya ketika bulan puasa, saya mnghabiskan masa dua hingga tiga jam setiap petang semata-mata kerana ingin memulangkan pinggan jiran tetangga... malah kebanyakan pinggan-pinggan jiran banyak mengisi ruang rak pinggan di rumah saya... memang mereka tidak meminta balasan tetapi orang sudah berbudi, mustahil kita tak berbahasa bukan?
selalunya selepas zuhur, saya luangkan masa bersama anak-anak jiran yang baru pulang dari sekolah... membantu mereka menyiapkan kerja-krja sekolah apa yang patut... senang kata, saya adalah guru tidak rasmi bagi budak-budak kampung di kawasan ini.... tidak juga kerja sekolah, segala masalah dan cerita terbaru tentang sekolah mereka juga akan diceritakan dan saya sebagai pendengar yang baik, hanya memasang telinga dan menyampuk apa yang patut... seronok sebenarnya melayan karenah budak-budak apatah lagi yang baru mnganjak ke usia remaja... ada saja kisah lucu yang ingin mereka ceritakan malah ada antaranya lebih senang bercrita dengan saya berbanding ibubapa mereka sendiri... mungkin inilah dunia remaja sekarang... teman-teman dan kenalan rapat adalah tempat utama mereka curahkan rasa hati dari ibubapa sendiri...
lewat petang, saya habiskan masa pula dengan anak-anak jiran yang boleh dikategorikan sebagai gadis remaja... balik kerja saja, rumah saya yang akan menjadi tempat utama melepak... yang pulang bercuti semester, yang baru pulang kerja juga ibu-ibu yang baru selesai menyiapkan krja rumah turut sama menyertai ruang lepak kami iaitu di depan rumah kak long, jiran sebelah rumah saya... tiada kisah khusus yang kami ceritakan mlainkan isu-isu semasa atau kisah jiran tetangga...mngumpat? tidak juga sebab jiran-jiran saya jarang membuka kisah sebegitu melainkan jika hanya ada seorang dua dalam sesi melepak ini... 
selepas maghrib pula, rumah saya akan mula dikunjungi oleh anak-anak jiran yang tak puas berbual siang tadi... walau keluarga saya jarang makan malam tapi kerana jiran tetangga jarang-jarang berkunjung dengan hanya membawa badan, mahu tak mahu kami terpaksa juga turut serta dalam sesi makan malam beramai-ramai ini... makanannya juga bukan ringa-ringan... nasi setalam, bubur sebesen atau mi goreng setalam besar... air minuman tak usah dikata... berteko-teko jugalah jumlahnya dan selalunya tentang ini saya tak risau kerana anak-anak jiran telah sedia menyiapkannya seblum saya selesai solat lagi... 
selepas isyak... kumpulan budak-budak balik dari menggaji pula tiba... selalunya mereka datang untuk menonton televisyen... di rumah sendiri bukan tiada tapi di rumah saya, mak selalunya sangat memanjakan mereka... buatlah apa yang mereka mahu asalkan tidak terlalu bising dan saya pula, selagi rumah tidak sama taraf dengan tempat tong sampah, saya alu-alukan kedatangan semua... jika esoknya bercuti, maka terpaksalah saya keluarkan segala bantal dan toto yang ada... sudah tahu, pasti ada yang akan terbongkang di depan tv sampai ke esok pagi... ada pula yang hanya akan pulang ke rumah tengah hari esoknya walau rumah kami hanya berselang beberapa pintu... 
banyak kisah menarik yang berlaku ketika saya di kampung... itu belum termasuk kisah saya dan anak-anak jiran merempit ke Arau, Alor Setar dan lain-lain tempat... seronok sebenarnya bila seskali meluang masa bersama-sama jiran-jiran yang pastinya suatu hari nanti tidak akan selamanya bersama kita... jadi manfaatkanlah masa yang ada sekarang dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan.... 

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012