Friday, June 29, 2012

Penatnya....

Dah lama rasanya saya tak menjengah blog kedua saya ni... bukan sudah lupa tapi kesibukan mengurus hal ehwal kehidupan yang tak pernah berhenti menjadikan masa begitu terhad... hari ini pun dapat saya menjengah ke sini hanya kerana saya bercuti bagi menguruskan beberapa perkara..... itu pun di penghujung petang... harap-harap di masa depan dapatlah lebihkan masa tapi itu hanya perancangan... apa yang akan berlaku di esok hari jugak kita tak tahu, inikan pula di depan waktu....
berkata tentang kegiatan harian, memang penat sebenarnya bila melakukan dua pekerjaan dalam satu masa... kadang-kadang terasa bosan bila hidup dalam keadaan begini... sering sibuk hingga waktu buat diri sendiri juga jarang ada... tapi sesekali bila meninggalkannya untuk seketika, rindu pasti menggamit... itulah rutin hidup kata orang... sebosan mana sekalipun, kita tetap perlu melakukannya.... apatah lagi bila aktiviti kehidupan mula bertukar... 
apapun minggu ini merupakan minggu yang sangat-sangat memenatkan.... dan minggu depan, pastinya minggu yang akan menjadi permulaan pada hari-hari yang lebih penat... kerana apa? kerana apabila aktiviti kehidupan bertukar corak, maka memang perkara yang perlu kita pelajari dan fahami dari mula walau ianya tidak jauh berbeza dari yang sebelumnya... masa usah dikata... memang sangat-sangat tidak mencukupi walau hakikatnya Allah telah menyediakan waktu yang sama pada semua makhlukNya dan terpulang pada kita sendiri untuk menguruskannya....
tapi inilah yang dikatakan kehidupan.... tiada kehidupan yang tidak berubah dari masa ke masa... dari kecil menjadi remaja, berubah dewasa dan seterusnya.... itu dari segi usia... begitu juga dari segi aktiviti kehidupan dan lain-lain perkara.... segala-galanya pasti akan berubah bila tiba waktunya... yang pastinya, ada perkara yang boleh diubah dan ada juga yang sudah ditetapkan... tapi semuanya, adalah yang terbaik buat kita jika kita bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.... 
moga-moga kehidupan akan menjadi lebih bahagia dari hari ke hari.... amin...


No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012