Wednesday, December 19, 2012

Inilah kehidupan...


Seringkali kita mengeluh, kenapa kita ditimpa pelbagai dugaan yang dirasakan berat? kenapa kita tidak pernah rasa bahagia sebagaimana orang lain dan macam-macam lagi persoalan yang mempertikaikan peraturan Allah yang terluah dari mulut kita... hakikatnya kita jarang-jarang sedar malah ada yang tidak sedar, Allah lebih sayang diri kita dari kita menyayangi diri kita sendiri... kenapa? kerana kita tidak bersyukur dengan apa yang Dia berikan pada kita... itu sahaja...
memang sifat manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada... manusia juga tidak pernah sabar-sabar dalam cubaan mendapatkan sesuatu... hingga sebagai manusia kita terlupa... kita banyak kelemahan yang jarang-jarang kita pandang walau sesaat cuma...
benar kehidupan kaya dengan pelbagai dugaan tapi kita jangan lupa... Allah lebih kaya dengan kasih sayang... Dia yang menciptakan kita tapi kenapa kepada Dia saja yang kita pinta sesuatu yang kita inginkan? Andai Dia tidak memberi apa yang kita mahu, itu tidak bermakna Allah tidak sayang pada kita... tapi itu tandanya Dia lebih tahu apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk kita...
mengeluh, mengeluh dan mengeluh... itu tidak membantu apa-apa... usaha dan terus usaha tanpa sebarang doa mahupun petunjuk dari Dia yang Satu samalah seperti kita mencari jalan keluar tanpa mahu bertanya pada sesiapa yang lebih arif... tapi itulah manusia... setiap kali dilanda masalah, kita menyalahkan Dia tanpa mahu melihat di mana kesilapan kita hingga boleh berlakunya semua itu...
seorang kawan saya pernah mengalami suatu keadaan yang cukup kritikal dalam hidupnya... dia tidak punya apa-apa... tiada kerja, tiada duit simpanan walau hanya sesen, makan pakai hanya berharap pada belas ehsan orang... dalam masa yang sama dia juga menghadapi masalah keluarga dan kewangan yang sangat-sangat kritikal... malah namanya juga disenarai hitamkan oleh bank... dia menangis kerana tidak tahu apa yang harus dia lakukan pada waktu itu... ingin kerja, keadaan kesihatan tidak mengizinkan... ingin meminjam, siapa lagi yang sudi memberikannya pinjaman jika keadaannya begitu... lalu nasihat saya padanya, cuba-cubalah memohon pada Allah... minta petunjuk dariNya dan sebelum itu, lakukanlah solat sunat taubat sebanyak-banyaknya dengan sepenuh hati supaya dosa-dosa kita menjadi ringan...lakukan amalan zikir sebanyak yang termampu setiap hari supaya hati yang gelisah sentiasa tenang menghadapi segala dugaan hidup... jangan juga lupa untuk meminta Allah tunjuk di mana kesalahan yang telah kita lakukan yang mana kita sendiri tidak sedar mahupun sedar supaya mudah kita perbetulkan semuanya sedikit demi sedikit...
Alhamdulillah, sebulan dia mengamalkan segala nasihat saya, hidupnya mula berubah... paling ketara, segala hutang yang ditanggungnya selama ini dapat diselesaikan dengan begitu mudah...satu keajaiban yang pada saya tidak dapat kita perolehi dari mana-mana doktor mahupun pakar perubatan melainkan dari Dia yang sentiasa mendengar dan melihat apa yang kita lakukan...
Sungguh kuasa Allah tiada tandingan tapi manusia jarang-jarang mengakuinya... sebagai orang Islam khususnya, kita jarang-jarang menggunakan kekuatan yang kita ada untuk memajukan diri kita... apa kekuatannya? tak lain tak bukan dari berdoa... jangan sekadar berdoa memohon kekayaan, kesenangan hidup tapi mohonlah juga setiap kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan diperbetulkan Dia kerana kita harus sedar, dugaan tidak akan putus-putus mendatangi kita selagi kita berada di muka bumi ini... ini adalah ketetapan Allah dan inilah kehidupan sebenarnya....

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012