Saturday, June 22, 2013

KEJORAKU BERSATU : BAB 10


BAB 10
“Boleh tahan juga bilik kau ni ya. Lengkap dan kemas,” ujar Airil, matanya liar memandang sekeliling bilik pejabat milik Tengku Anuar.
Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke situ. Terserlah kekagumannya dengan keadaan pejabat milik sahabat baiknya. Dia bersama William singgah ke pejabat Tengku Anuar untuk mengajaknya makan tengah hari bersama mereka.
Tengku Anuar tersenyum kecil.  
“Tak ada apa yang menariknya dalam bilik ni pun. Biasalah, nama pun bilik pejabat.”
So, apa perasaan kau jadi ketua di pejabat keluarga sendiri?” Wiliam melabuhkan punggung di kerusi berdepan meja Tengku Anuar.
Airil turut mengambil tempat.
“Tak ada bezanya Wie. Sama saja seperti mana aku bekerja di syarikat di Miami dulu. Kalau ada pun, hanyalah perbezaan dari segi bahasa dan budayanya saja. Beban kerja di sini pun lebih banyak berbanding di sana. Itu saja,” terang Tengku Anuar.
“Biasalah tu Nuar, lain negara lainlah budayanya. Tentang beban kerja tu memang patutlah kau dapat pun. Nama pun ketua, takkan nak goyang kaki je,” usik pemuda berkulit putih merah itu.
“Ala Wie, macamlah kau tak tahu sikap si Anuar ni. Buanglah dia ke benua mana pun, conform dia boleh handle kerja dengan baik punya,” tingkah Airil tersengih kecil.
“Ada-ada sajalah kau orang ni. Jadi apalah pendapat kau orang tentang pejabat aku ni?” laju mulut Tengku Anuar mengaju soalan manakala matanya ligat memandang silih berganti kedua-dua sahabatnya itu.
“Okey, cantik hiasannya,” komen Airil bersahaja.
“Cantik juga setiausaha kau kat luar tu,” usik William.
Dikenyitnya sebelah mata ke arah Airil di sisi. Kedua mereka tertawa nakal.
“Hisy kau Wie, kau jangan cari pasal. Tahu pada si Katherine kat rumah tu, teruk kau di buatnya,” marah Airil.
“Kau ni Ril, bukan untuk akulah. Aku dah ada isteri, nak buat apa cari lagi. Maksud aku, untuk Cik Anuar kita ni,” William tertawa kecil.
Tengku Anuar yang mendengar perbualan itu mengeleng.
“Hei, tolonglah. Buat masa sekarang belum terlintas sekali pun dalam fikiran aku nak fikirkan tentang bab-bab begini. Belum sampai masanya aku nak fikirkan semua ni. Lagi pun Atika tu isteri orang. Dah ada dua orang anak pun,” balas Tengku Anuar.
“Hmm…nampaknya melepaslah aku. Baru aku fikir nak mengurat tadi,”
Gurauan Airil meledakkan tawa ketiga-tiga sahabat itu.  
“Eii, dahlah tu. Jom kita keluar makan. Aku dah lapar ni,” ajak Wllliam setelah tawa mereka reda.
“Nak makan kat mana hari ni?” soal Tengku Anuar.
Dia sudah menolak kerusinya.  Airil dan William turut mengikut tingkahnya.
“Kau ni Nuar, dah hampir tiga bulan kau duduk kat Malaysia ni pun masih tak tahu kat mana tempat makan yang best,” ujar Airil bergurau.
“Ewah, mengata aku pula. Yang kau dah bertahun tinggal kat sini patutnya lebih arif dari aku tau,” balas Tengku Anuar tersenyum lebar.  
“Banyaklah kau punya bertahun. Apa kau lupa yang aku pun baru balik Malaysia dengan kau hari tu?” sangkal Airil turut tidak mahu mengalah.
At least kau balik seminggu awal dari aku,” tingkah Tengku Anuar sengaja memanjangkan usikan pada sahabatnya.
“Hai, setakat seminggu lebih awal tu, nak kira juga ke?”
“Eh, mestilah kira. Janji kau dengan Wie balik awal dari aku.”
“Woi, dahlah tu. Jomlah pergi makan. Tak kisahlah makan kat mana pun, janji perut kenyang,” sampuk Wlliam memandang kedua-dua sahabatnya itu yang tersengih-sengih.
Ketiga-tiganya mula mengorak langkah menuju ke pintu.

“Hoi, buat apa tu?” Suara seseorang dari arah belakang mengejutkan Nina yang sedang sibuk membaiki kereta.
Nina segera menoleh. Menarik nafas panjang. Diurut dadanya seketika.
“Hei kau ni Ikin, tak tahu beri salam ke? Terkejut aku di buat kau tau,” Nina bersuara sedikit marah.
Kemudian dia menjeling sekilas wajah itu. Asyikin hanya tersengih-sengih.  
“Ala, dari tadi aku menjerit memberi salam, tak ada seorang pun jawab. Jadi aku panggil ajelah hoi. Tak sangka kau dengar pula,” balasnya.
Nina mengeleng-geleng sebelum kembali menyambung kerjanya.
“Apa hal kau datang ke bengkel aku ni?” Tanya Nina.
Sebelah tangannya masih sibuk membetulkan sesuatu di enjin kereta berjenama Mercedes itu.
“Nak buat apa lagi, nak ajak kau pergi makanlah. Dah tengah hari ni,” sahut Asyikin.
“Malaslah aku nak keluar. Kau pergi ajelah seorang. Aku ada banyak kerja lagi nak buat ni,” ujar Nina lagi.
Tangan Nina masih memegang spanar yang digunakannya untuk membaiki enjin kenderaan di depannya.
“Ala, kau ni Nina, tak habis-habis dengan kerja kau tu. Jomlah pergi. Nanti hangus pula si Khalidah tu tunggu kita.”
Nina kembali menegakkan tubuh. Dipandang wajah wanita beranak dua itu.  
“La, kau bawa Idah sekali ke?”
Asyikin mengangguk sekali.
“Mestilah. Kat mana ada dia, kat situlah ada aku juga.” Dia tersengih lagi.
“Eii…tolonglah. Geli geleman aku dengar,” balas Nina sambil mengeliat sedikit. Pura-pura geli. “Cepatlah Nina. Aku dah lapar ni. Karang aku gigit kau, susah kau nanti,” ujar Asyikin berseloroh. Nina mengeluh perlahan.
“Kan aku dah kata, aku malas nak pergi. Kau pergi ajelah dengan si Idah tu,” ujar Nina lembut.
Tangan Nina masih sibuk membaiki kenderaan yang ada di depannya.
“Kau ni, nama saja tauke bengkel. Bagi ajelah pekerja-pekerja kau tu buat,” ujar Asyikin.
Nina kembali memaling tubuh. Mengadap Asyikin yang selamba menyandar tubuhnya ke dinding bengkel.
“Untuk pengetahuan kau, Ikin, walau pun aku ada pekerja, aku lebih suka membuat sendiri semua kerja ni,” ujar Nina sedikit tegas.
“Habis tu, buat apa kau ambil dia orang bekerja kalau semua kerja kau nak buat seorang diri?” tingkah Asyikin.
“Ambil dia orang kerja tak semestinya aku perlu perah tenaga mereka habis-habisan,” ujar Nina.
“Woi kau orang, pukul berapa nak pergi makan ni?”
Laungan Khalidah dari dalam keretanya mematikan seketika perbualan mereka. Pantas kedua-duanya berpaling.
“Ni ha, sepupu kau ni. Sayang benar nak tinggalkan bengkelnya ni,” sindir Asyikin menjeling sekilas Nina yang berdiri di sampingnya.
“Ala Nina, penat aku drive jauh-jauh semata-mata nak makan tengah hari dengan kau,” ujar Khalidah yang sudah dari kereta sambil bersandar di sisi kereta proton Satrianya.
“Setakat dari Damansara Height tu ke sini, apalah sangat jauhnya,” ujar Nina selamba.
“Aku tak kira, kau kena ikut kita orang juga,” arah Khalidah, mula menghentak kakinya seperti anak kecil. Sengaja menunjuk rasa tidak puas hatinya. Asyikin yang memandang hanya tersengih kecil. Nina mengeleng-geleng. Faham dengan sikap sepupunya yang sedikit manja dan keanak-anakan itu.
“Masalahnya Idah, siapa yang nak jaga bengkel aku ni kalau aku keluar sekarang?” ujar Nina.
Topi yang tersarung di kepala ditanggalkan. Menampakkan rambut panjang yang diikat kemas. Digaru kepalanya yang tidak gatal.
“Pekerja-pekerja kau mana? Takkan seorang pun tak ada?” pantas Asyikin menyampuk. Panjang lehernya memandang sekeliling bengkel itu.
“Aku dah suruh dia orang keluar makan,”
“Hai, bertuahlah mereka dapat bos sebaik kau ya Nina.”
Lembut Asyikin menyindir.
Nina sekadar menjeling. Malas menjawab kata-kata itu.
“Aku tak kira Nina, macam mana sekali pun kau kena keluar juga dengan kita orang. Kalau tidak aku jerit sekuat hati. Biar semua orang yang ada tak jauh dari bengkel kau ni tengok, baru padan dengan muka kau tu,” ujar Khalidah mengugut.
Khalidah sebenarnya tidak bermaksud berbuat demikian namun dia arif benar dengan sikap sepupunya yang gila bekerja itu. Nina sanggup berlapar asalkan segala kerja yang dilakukannya siap sepenuhnya.
“Dahlah tu. Tutup saja bengkel kau ni. Pekerja kau tu pun mesti ada kunci spare kan. Dah, dah, sebelum si Idah tu menjerit macam orang gila baik kau tutup bengkel kau ni. Tutup cepat,” pantas Asyikin bersuara.
“Iyalah, yalah. Kejap aku kunci dulu pintu bengkel ni.”
Akhirnya, Nina mengalah dengan permintaan kedua-dua sahabatnya. Pantas dia bergegas masuk ke dalam pejabat mengambil kunci sebelum bengkel itu dikunci rapat.
Asyikin dan Khalidah yang melihat kelakuan gadis itu bersorak menang.
“Woi, bawa kereta aku ajelah. Kereta kau tu tinggalkan kat sini,” teriak Nina pada Khalidah tatkala melihat gadis itu mula melangkah masuk ke dalam keretanya semula.
Nina rimas menaiki kereta Satria milik gadis itu. Terlalu banyak hiasan yang diletakkannya dalam kereta itu.
Macam naik kereta berhias saja, pernah dia merungut begitu.
“Tak kisahlah kereta mana pun kita naik, yang penting kau ikut Nina,” ujar Asyikin seraya melangkah mendapatkan Nina yang telah lama masuk ke perut keretanya.
Khalidah yang turut mengatur langkah seiring dengannya tersenyum mengangguk. Mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

“Alhamdulillah, kenyang juga perut aku ni.” Airil bersuara sebaik saja dia selesai makan.
Kemudian digosok-gosok sedikit perutnya yang telah penuh. Tengku Anuar dan William yang memandang gelagatnya tersenyum kecil. Masing-masing mengeleng-geleng.
“Kan best kalau hari-hari dapat makan sedap begini,” ujar Airil lagi. Disandar seketika tubuhnya di kerusi rotan itu.
“Kalau kau nak makan makanan sedap-sedap setiap hari Ril, aku ada cadangan yang baik untuk kau,” ujar William tersenyum nakal.
Kemudian ditarik sehelai tisu yang berada di tepinya sebelum menyapu lembut sisa-sisa makanan yang melekat di pinggir bibir.
Mendengar kata-kata lelaki itu, Airil kembali menegakkan tubuh.
“Iya ke? Apa cadangan kau tu?” laju Airil menyoal. Bulat matanya memandang lelaki berambut warna perang emas itu.
“Cadangan aku, apa kata kalau kau kahwin aje? Conform kau boleh makan sedap-sedap punya tiap-tiap hari. Siap ada pelayan lagi,” ujar William tersenyum panjang.
Airil yang mendengar kata-kata itu menjeling sekilas wajah lelaki itu. Dia menarik muka masam. Tubuhnya kembali disandarkan ke kerusi.
“Bukan setakat pelayan, siap ada tukang urut, tukang cuci, tukang mengemas pun. Pendek kata, semuanya ada.” Tengku Anuar turut mencelah kata. Dia turut tersenyum memandang Airil yang terkulat-kulat membalas pandangan mata kedua-duanya.
Airil mengeluh kecil.
“Bab kahwin ni bukan perkara senang Wie. Bukan macam kita cari buah tembikai kat pasar tu. Pilih-pilih aje mana yang kita suka, lepas tu terus bayar. Kahwin ni beratlah.”
“Kau cakap macamlah aku ni belum kahwin,” bidas William. “Kahwin ni perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup tahu. Bila berkahwin, kita akan rasa lengkap. Kita ada segalanya. Teman hidup. Teman yang sanggup bersusah payah dengan kita, yang dapat menemani kita sepanjang hayat. Yang sanggup mengharungi segala suka duka bersama kita.”
“Kata kau tu betul Wie tapi zaman sekarang ni, susah nak dapat gadis seperti tu. Masing-masing sekarang ni materialistik. Pentingkan kebendaan. Bukannya kerana nak diri kita tapi nakkan harta yang kita ada,” jelas Airil menyuarakan pendapatnya.
“Tapi tak semua perempuan macam tu. Ada juga yang betul-betul terima diri kita kerana diri kita. Lelaki pun apa kurangnya. Lebih memberat kepada kecantikan perempuan. Berapa kerat sangat lelaki yang memandang kepada sifat perempuan, right?” bidas William.
“Tapi tak semua lelaki begitukan? Hanya sesetengah lelaki yang bersikap begitu,” tingkah Tengku Anuar.
“Okey, kalau kau orang sendiri, apa yang kau orang akan pandang pada seseorang perempuan itu?” soal William. Memandang tepat kedua-dua mereka.
Well, kalau aku, aku pandang pada sikapnya dulu baru kecantikan luarannya,” balas Airil lambat-lambat.
“Kalau kau Nuar?” tanya William.
“Kalau aku, aku akan jatuh cinta pada perempuan yang kali pertama aku pandang, hati aku terus lekat padanya,” balas Tengku Anuar tenang.
“Maksudnya?” soal Airil.
Tubuhnya kembali ditegakkan. Kata-kata itu menarik perhatiannya untuk memasang telinga dengan lebih tajam lagi.
‘Maksud aku, aku akan mengikut gerak hati aku. Kalau hati aku mengatakan yang perempuan itu adalah perempuan impian aku, aku takkan teragak-agak untuk mengahwininya,” terang Tengku Anuar bersahaja.
“Walau pun dia tak cantik, tak lawa?” pantas Airil memotong kata.
“Rupa paras bukan ukurannnya. Yang penting, aku cintakan dia,” balas Tengku Anuar.
“Fuh! Untunglah awek tu,” Airil tertawa kecil.
“Are you sure Anuar yang kau akan pilih perempuan dengan cara begitu?” William melontarkan pertanyaan, ingin kepastian.
Tengku Anuar tidak menyahut. Dia sekadar menganggukkan kepalanya.
“Kau tak takut yang kata hati kau tu adalah salah dan perempuan tu pun bukan berasal dari keluarga yang baik?” William cuba menduga kesungguhan kata pemuda itu.
Tengku Anuar mengukir senyuman. Wajah lelaki yang seakan tidak yakin dengan kata-katanya sebentar tadi itu dipandang lama.
“Wie, aku pasti dengan kata hati aku. Gerak hati aku takkan berbohong pada aku. Kalau hati aku mengatakan yang perempuan itu adalah untuk aku maka aku pasti yang dia memang dijadikan untuk aku.”
“Bagaimana kau begitu pasti?”
“Sebab apa saja yang aku lakukan selama ini adalah di atas gerak hati aku sendiri dan boleh dikatakan hampir semua kata hati aku tu adalah benar.”
“Tapi boleh jadi gerak hati kau salah tentang hal mencari pasangan ni. Dibuatnya gerak hati kau tu tersalah pilih perempuan yang tak baik, macam mana?” ujar Wlliam lagi.
“Tak mungkin perkara itu akan jadi Wie. Selagi aku percaya pada gerak hati pertama aku, aku yakin yang aku telah membuat keputusan yang terbaik tak kira dalam apa jua perkara yang aku lakukan. Tentang jodoh, aku rasa aku tak mungkin akan dapat perempuan yang tak baik.”
“Sebabnya?” pantas Airil menyela kata.
“Sebabnya, dalam ayat Al-Quran sendiri telah dinyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik manakala perempuan yang tak baik adalah untuk lelaki yang tak baik.”
So, kau rasa kau ni cukup baiklah,” usik Airil tersengih nakal.
“Aku tak kata aku cukup baik tapi aku juga tahu yang aku ni bukannya jahat. Jadi tak salahkan rasanya kalau aku mengimpikan perempuan yang baik untuk dijadikan teman sepanjang umur,” balas Tengku Anuar tersenyum panjang.
Well, we will see. Sama ada kau orang akan dapat atau tidak gadis impian kau orang tu hanya masa yang akan tentukannya. Apa pun sebagai kawan, aku doakan kau orang cepat-cepat bertemu jodoh,” tingkah William mengukir senyum. Dia mula menolak pinggannya ke tengah meja.
“Hmm, dah pukul berapa ni? Jomlah balik ke pejabat,” Airil bersuara.
Ditolak perlahan kerusi sebelum bangun dari duduknya. Tengku Anuar dan William juga begitu.
“Kau orang berdua tak solat ke?” Tanya William.
Walau pun  William bukannya beragama Islam, namun ajaran yang dibawa junjungan Nabi Muhammad itu begitu dekat dengan dirinya. Hampir tujuh tahun bersama Tengku Anuar dan Airil membuat dirinya begitu mengenali ajaran Islam.
“Nanti balik pejabat kita orang solatlah,” sahut Airil.
Dalam hati Airil kagum dengan lelaki yang berpegang kuat pada ajaran Kristian itu. Sepanjang dia mengenali lelaki itu, William tidak pernah lupa untuk mengingatkan mereka apa-apa perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam terutamanya solat.
“Jomlah kita pergi sekarang, nanti lewat pula kau orang nak solat,” ujar William seraya mengatur langkah menuju ke pintu keluar restoran.
Tengku Anuar dan Airil turut mengikut jejaknya. 

Monday, June 17, 2013

Sayangi mereka selagi ada...


Semalam merupakan hari bapa....tak sempat saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua lelaki yang bergelar ayah, daddy, bapa, walid, abi atau apa saja lagi panggilan yang diberi...bukan lupa tapi tak ingat...samalah tu kan? maklumlah, sibuk dengan urusan harian yang tak akan berhenti rasanya sampai akhir hayat...
seronok bila terkenangkan sambutan hari bapa yang pernah saya dan adik beradik lakukan untuk arwah bapa tersayang... tiada kek, tiada kad, tiada juga parti...hanya kami berkumpul ramai-ramai dan saling bertanya khabar di depan bapa yang kelihatannya cukup gembira dengan kepulangan anak-anak...beliau sebenarnya seorang bapa yang fizikalnya kelihatan garang, serius dan tegas... tapi hakikatnya, beliaulah kawan, sahabat dan bapa yang paling penyayang pada kami adik beradik, anak-anaknya...
pernah sekali saya hampir-hampir dihanyutkan arus banjir yang deras, masa tu saya di tingkatan 3...bapalah orangnya yang menyelamatkan saya...dia juga yang menjadi orang pertama mendengar segala masalah yang saya hadapi tak kiralah masalah biasa mahupun bersifat terlalu peribadi...tak malu saya akui, bapa adalah seorang kawan malah hero hidup saya selama-lamanya...meski saya sudah punya hero sendiri setelah pemergian beliau, bapa tetap hero utama di hati saya...
ingat saya suatu masa dulu...kehidupan kami sekeluarga sangat-sangatlah susah...ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...makan hanya sekadar alas perut...pakaian pun jarang-jarang berganti...tapi ketika itu, kehidupan kami sangat-sangat bahagia...arwah bapa selalu berpesan, berpada-padalah apabila berbelanja...jangan terlalu mengikut nafsu dunia...dan kini bila kehidupan kami sedikit senang daripada dulu, pesanan itu tak pernah saya lupakan...begitu juga adik beradik yang lain...sederhana, itu yang kami amalkan sejak dulu...begitu juga ipar duai kami...
kini arwah bapa sudah tiada...baru tiga bulan beliau kembali ke rahmatullah tapi pada saya, bagai sudah bertahun-tahun beliau pergi... sungguh saya sangat-sangat rindukan kehadiran beliau...dia adalah sumber inspirasi saya, kekuatan saya malah jiwa saya...bapa adalah segala-galanya apatah lagi saya adalah anak yang paling rapat dengannya...saya redha dengan pemergian beliau tapi sebagai manusia biasa, kadangkala saya tidak mampu menahan emosi sendiri setiap kali mengenang beliau kerana diri saya adalah hasil didikan dia, seorang lelaki yang miskin harta tapi kaya dengan kasih sayang...
semoga roh beliau dicucuri rahmat sentiasa... dan buat mereka yang masih punya bapa, hargailah beliau setingi-tingginya...mungkin dia bukan bapa yang terbaik di mata kita tapi percayalah, tanpa dia, siapalah kita hari ini...tak guna kita berjaya mengenggam bumbung dunia sekalipun jika ibu bapa sendiri dipandang sepi...hargailah mereka selagi mereka masih ada...insya Allah, biar pun kita hidup umpama ayam yang mengais mencari cacing namun bahagia adalah kekayaan yang kita kecapi sampai bila-bila kerana restu orang tua adalah kunci segala-galanya....
selamat hari bapa buat semua...

Sunday, June 16, 2013

CINTA SEJATI : BAB 10


BAB 10

Zarif memandang skrin komputer yang terpasang di depannya. Mata yang terasa sedikit pedih kerana terlalu lama mengadap komputer dikerdipnya beberapa kali. Digerak sedikit tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Melakukan regangan.
Bosan mengadap komputer, dia bangun merapati rak buku yang terletak di sudut ruang tamu rumah. Di tarik keluar sebuah buku dari celahan rak sebelum punggungnya dilabuhkan di sofa bersebelahannya. Helaian muka surat buku yang berkaitan dengan perubatan itu diselaknya satu-persatu.
Sejak dari kecil lagi Zarif begitu gemar membaca pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan bidang perubatan. Pelbagai jenis buku dari dalam dan luar negara yang berkaitan dengan bidang itu dikumpulnya sedari bangku sekolah lagi. Malah dia sanggup menghabiskan duit poket sekolahnya membeli buku-buku tersebut walau pun harganya begitu mahal.
Minatnya terhadap bidang itu semakin memuncak apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di dalam bidang perubatan sebaik saja tamat persekolahan. Minat yang akhirnya berjaya menjulang nama Zarif menjadi salah seorang doktor yang dikenali dan disegani ramai hari ini. 
Laju jari jemarinya menyelak halaman buku yang yang tebal itu. Matanya terpaku pada setiap muka surat yang diselaknya. Satu persatu helaian itu ditelitinya. Walau pun telah berkali-kali dia membaca buku yang sama namun dia tidak pernah berasa jemu untuk mengulangi pembacaannya.
Gerakan jari jemari Zarif terhenti tatkala matanya terpandang sekeping gambar di celah salah satu helaian muka surat buku itu. Pantas ditariknya keluar. Direnung lama gambar yang telah berpindah ke telapak tangannya. Untuk seketika Zarif hilang dalam lamunannya.

Bunyi ketukan perlahan di meja membuatkan Zara mendongak. Bacaannya terhenti seketika. Bulat mata gadis itu memandang Zarif yang berdiri tegak di depannya. Anak muda itu tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun bersih.
Zara mendengus perlahan. Dia hanya memandang tingkah anak muda itu. Sengaja dia mempamerkan raut wajah yang serius.
Zarif menarik keluar kerusi dari bawah meja. Dilabuh punggungnya di situ. Wajah Zara yang sedikit mencuka dipandang tepat dengan senyuman yang sengaja dilebarkan.
Zara menjeling sedikit.
“Nak apa?”
Zara kurang senang dengan kedatangan anak muda itu. Matanya kembali mengadap buku yang terdampar di permukaan meja.
Zarif melebarkan senyuman.
“Zara, kau tolong aku sikit, boleh tak?” Zarif berbisik perlahan.
Matanya meliar seketika memandang sekeliling sebelum kembali merenung tepat wajah manis gadis itu.
“Tolong apa?”
“Temankan aku pergi Market Street petang ni.”
“Nak buat apa?”
“Aku nak beli barang sikit. Petang nanti kau tak ada kelas,kan?”
“Tengoklah dulu,” Acuh tak acuh Zara menjawab. Matanya masih melekat pada buku yang telah berpindah ke tangannya.
Zarif mendengus perlahan.
“Ala Zara, janganlah macam tu. Penting ni.”
Zara kembali mendongak. Memandang lama teman yang dikenalinya sejak dari kecil lagi. Wajahnya kelihatan serius.
“Apa yang penting sangat?”
Nada suara yang dirasakan sedikit tinggi direndahkan semula. Dipandang sekeliling perpustakaan universiti itu sebelum kembali memandang Zarif.
“Apa yang penting sangat ni?”
Zara mengulang semula soalannya. Nadanya kedengaran lebih rendah dari tadi namun tegas.
“Adalah. Tapi penting sangat Zara. Antara hidup dan mati aku.”
Zarif menekankan sedikit suaranya.
“Ok. Kalau macam tu, kau pergilah sendiri.”
Zara kembali mengadap buku di tangan. Dipamer raut wajah yang selamba. Sekadar menduga kesungguhan anak muda itu.  
Zarif mengaru kepalanya yang tidak gatal. Berkerut dahinya melihat gelagat gadis itu. Perlahan dia mengeluh.
“Okey, okey, aku beritahu kau,” ujarnya mengalah.
Zara tersenyum kecil. Dia kembali mendongak. Buku ditangan diletak semula ke atas meja. Wajah Zarif yang kelihatan serba salah itu dipandang tepat-tepat.
Zarif berdehem kecil beberapa kali.
Actually, aku nak beli cincin untuk Nelly.” perlahan dia bersuara.
Zara membeliakkan matanya.
What!” Tanpa sedar dia terjerit kecil.
Zara menutup mulut dengan telapak tangan kanannya bila dia menyedari pandangan tajam pelajar-pelajar lain ke arah mereka berdua. Sedar, jeritan itu menganggu tumpuan pelajar-pelajar lain yang sedang menelaah di perpustakaan itu. Dia tersengih malu.  
Zarif yang memandang gelagat gadis itu hanya menepuk dahi perlahan.
“Buat apa kau nak beli cincin untuk dia?”
Zara kembali melontar pertanyaan sebaik saja matanya beralih ke wajah Zarif. Kali ini dengan nada yang lebih perlahan. Matanya tidak berkelip memandang Zarif yang kelihatan tenang.
“Aku fikirlah Zara, aku nak lamar dia selepas kita balik ke Malaysia nanti.”
“Hei Zarif, lambat lagilah kita nak balik ke Malaysia tu. Ada lebih kurang sebulan lebih lagi. Kau belilah lepas final exam nanti.”
“Ala, lepas final exam nanti kita sibuk nak kemas barang. Lagi pun waktu tu mungkin Nelly dah balik ke Malaysia.”
“Kalau macam tu, kau beli ajelah cincin tu kat Malaysia nanti. Lepas tu, kau lamar dia terus. Apa susah.”
Zarif mendengus lembut.
”Tak naklah. Cincin kat sini lagi cantik.”
“Hei Zarif, memanglah cincin kat sini cantik-cantik belaka tapi kau tengoklah pula harganya.” Zara memberikan pendapat. Agak keras.
“Ala, sekali seumur hidup. Apa salahnya.”
Zara hanya mendengus kecil. Tidak disahut kata-kata anak muda itu.
Zarif memandang wajah Zara dengan pandangan minta simpati.
“Kau temankan aku ya?”
“Tengoklah nanti,” balasnya malas.
“Ala Zara, please. Sekejap je.”
“Kau bawalah Nelly.”
“Kau gila ke. Aku nak buat surprise pada dia. Lagi pun, aku mana tahu nak pilih bentuk cincin yang cantik. Bolehlah Zara, please,” rengeknya. Tidak peduli dengan pandangan tajam Zara terhadapnya.
Zara menghembus nafas keras. Rimas dengan sikap anak muda itu yang tidak jemu memujuknya. Sememangnya itulah salah satu dari sikap Zarif yang amat difahaminya. Anak muda itu tidak akan mudah berputus asa dalam mendapatkan sesuatu.
‘Okey, begini. Kau temankan aku beli cincin, malam esok aku temankan kau tengok pementasan The Elves and the Pirates kat Oxford Castle, boleh?”
Zarif memancing kata, tahu kegilaan gadis itu terhadap teater Inggeris sejak mereka di bangku sekolah lagi.
Zara terdiam seketika. Ligat otaknya memikirkan tawaran Zarif yang dirasakan menarik itu. Lama dia memandang wajah Zarif sebelum lambat-lambat dia mengangguk.
Zarif tersenyum lebar.
“Tapi, cuma kat area Convered Market aje tau. Malas aku nak jalan jauh-jauh.”
“Okey, aku tunggu kau kat depan universiti petang nanti. Kau jangan lupa Za.”
Zarif menolak semula kerusinya sebelum dia bangkit dari duduknya.
“Kau jangan lupa tau, Za.” ulangnya lagi.
“Iyalah,” tingkah Zara perlahan.
“Macam tu lah bestfriend aku. Sayang kau, Za.” Dicuit perlahan pipi gadis itu.
Zara membalas dengan satu cubitan kecil di lengan sasanya.
“Simpan ajelah sayang kau tu,”
“Ting!!!”
Bunyi dentingan jam di dinding rumah menyentak lamunan Zarif. Dia tersentak seketika sebelum beristighfar panjang.
Zarif kembali menatap gambar itu. Gambar kenangannya bersama Zara itu diambil ketika mereka berdua menuntut di salah sebuah universiti di kota London beberapa tahun lalu.
Tanpa sedar, Zarif tersenyum kecil. Dari kecil hingga dewasa, terlalu banyak kenangan manis yang dilaluinya bersama Zara. Kenangan yang membawa seribu kebahagiaan pada mereka berdua. Sehingga kini, kesemua kenangan itu menjadi satu memori indah dalam hidupnya.
Zarif kembali teringat kenakalannya ketika di usia remaja. Ramai gadis yang telah dipermainkannya. Selalunya, Zaralah yang akan membantunya mendekati mereka. Zara juga yang akan membantunya menyelesaikan sebarang masalah yang timbul selepas itu. Sikapnya itu hanya berubah setelah dia menemui Nelly, gadis yang menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki di universiti mereka suatu masa dulu.
Gadis yang berperwatakan lincah dan berwajah lembut itu benar-benar menawan hati lelakinya. Berbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan gadis itu dan akhirnya dia berjaya mengalahkan anak-anak muda yang lain yang turut menyimpan perasaan terhadap Nelly. Mengingati semua itu membuatkan Zarif tersenyum sendiri.
Namun senyuman yang menghiasi bibirnya tidak bertahan lama. Matanya kembali tertancap pada gambar yang berada di tangan.
Zara! Ingatannya berputar terhadap gadis itu. Sudah hampir tujuh tahun mereka tidak bersua muka. Hanya e-mel yang menghubungkan mereka selama ini. Itupun hanya sekali sekala ketika masing-masing mempunyai waktu terluang.
Perlahan Zarif melepas satu keluhan panjang.
Tujuh tahun! Desis hatinya.
Bermakna selama itu juga dia dan Zara bergelar suami isteri yang sah. Suami isteri yang tidak seperti kebanyakan orang lain.
Fikirannya kembali menerawang jauh. Mengingati semula saat dia dan Zara di satukan oleh ahli keluarganya.
Seminggu selepas kepulangan mereka ke Malaysia, mereka dikhabarkan dengan berita kematian nenek Zarif. Demi menunaikan wasiat arwah dan impian keluarga, mereka dinikahkan dalam satu majlis yang ringkas namun meriah. Cincin yang sepatutnya tersarung di jari Nelly, menjadi milik Zara di hari yang bersejarah itu.
Tak lama selepas itu, dia mendengar khabar tentang Nelly yang mengambil tindakan untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya. Zarif hanya menerima khabar itu dengan hati yang tenang. Dia sedar, hati gadis itu remuk dengan keputusannya mengahwini Zara, sahabat baiknya sendiri.
Zarif menarik nafas panjang. Akhir-akhir ini, fikirannya senantiasa melayang mengingati Zara. Dirinya bagaikan merindui kehadiran gadis itu di sisinya.
Tujuh tahun berpisah, mengajarnya erti rindu dan sayang. Perasaan yang tidak pernah dirasainya selama bersama gadis itu kini menjalari segenap ruang hati lelakinya. Sememangnya dia dan Zara tidak pernah berpisah jauh selama ini.
Hanya sejak kejadian mereka berdua dihalau keluar dari rumah oleh orang tua mereka, Zarif dan Zara mengambil keputusan untuk berjauhan antara satu sama lain.
Zarif menyandarkan tubuhnya ke sofa. Di pandang sayu gambar yang berada di tangannya itu.
“Za, adakah segala perasaan yang aku rasakan sekarang adalah perasaan cinta?”
Tanpa sedar Zarif menyoal sendiri. Tangannya mengelus perlahan rambutnya.
“Jika benar, apa yang harus aku lakukan? Apa yang perlu aku lakukan sekarang Za?” rintihnya perlahan. Dihembus nafasnya lagi. Lebih panjang.  
Zarif bangkit. Kakinya memijak satu persatu anak tangga rumah. Menuju ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas. Gambar yang sedari tadi berada di tangan di bawanya bersama.
Zarif merebahkan tubuh sasanya ke katil. Gambar di tangan di letak di atas dada bidangnya. Matanya dipejam rapat. Cuba mengingati setiap detik indah yang pernah di laluinya bersama Zara.
Malam itu, bertemankan kenangan lalu yang memenuhi ruang fikiran, Zarif menyusuri malam yang semakin diulit tua. 

Tasik dan sungai bawah tanah yang menakjubkan

1: cheddar Gorge di Inggeris


Cheddar Gorge adalah ngarai  terbesar  dan  ditemui  dalam  Gua  Cheddardi mana  rangka  lengkap  manusia  tertua  di  Inggeris  ditemui  pada tahun 1903 Dikenali  sebagai  Man  Cheddarjenazah tersebut  dianggarkan  berumur  9,000tahun .   

2: Hamilton Pool Preserve di Austin Texas 
Hamilton  Pool  Preservedi  AustinTexastercipta  secara semulajadi  ketika sebuah kubah  gua  bawah tanah  runtuh  yang
kemudian  menampakkan  kolam alam  yang menakjubkan Sekarang  sering dikunjungi oleh  pelancong  dan penyelidik alam. 

3: Hamilton Pool dari sudut pandang yang lain 
Hamilton Pool dari sudut pandang yang lain. Saat hujan lebat, air terjun setinggi 45 kaki terjun dari tepi gua. Pasti akan cukup  spektakuler  ketika anda  mandi .

4:Stalagtites menghiasi atap  Luray Caverns Virginia 
Stalagtit menghiasi atap Luray Caverns, Virginia, air yang tenang di bawahnya memantulkan refleksi yang sempurna.   

5: Wookey Caves di Somerset Inggeris 
Legenda  mengatakan  bahawa manusia gua pertama menghuni  Wookey  Cave  di Somerset Inggeris . 

6. Tasik bawah tanah di Mellisani Caves dekat Kefalonia 
Ditemukan saat bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.   

7: Lechuguilla Cave di Taman Nasional Carlsbad Caverns 
Lechuguilla Cave, di Carlsbad Caverns National Park, New  Mexico  adalah gua terpanjang kelima yang diketahui panjangnya 120 miles (193 km) dengan kedalaman 489 meter (1,604 ft), menjadi gua terdalam di benua United States. 

8: Tasik Bawah Tanah Harimau Che di Yucatán Peninsula  
Harimau Che di Yucatán Peninsula adalah salah satu daripada  banyak  yang  dianggap  sebagai hadiah  dari  para dewa  oleh  suku Maya dan  kerana itu  di suci kan .   
9: The limestone flow feeding

The limestone flow feeding di Mexico  menyerupai air terjun yang berubah menjadi batu a waterfall turned to stone.


10: little waterfall di Banff  Canada
Berapa lama waktu yang diperlukan untuk air terjun kecil ini untuk menjadi sebuah tasik? 
 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012