Semalam merupakan hari bapa....tak sempat saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua lelaki yang bergelar ayah, daddy, bapa, walid, abi atau apa saja lagi panggilan yang diberi...bukan lupa tapi tak ingat...samalah tu kan? maklumlah, sibuk dengan urusan harian yang tak akan berhenti rasanya sampai akhir hayat...
seronok bila terkenangkan sambutan hari bapa yang pernah saya dan adik beradik lakukan untuk arwah bapa tersayang... tiada kek, tiada kad, tiada juga parti...hanya kami berkumpul ramai-ramai dan saling bertanya khabar di depan bapa yang kelihatannya cukup gembira dengan kepulangan anak-anak...beliau sebenarnya seorang bapa yang fizikalnya kelihatan garang, serius dan tegas... tapi hakikatnya, beliaulah kawan, sahabat dan bapa yang paling penyayang pada kami adik beradik, anak-anaknya...
pernah sekali saya hampir-hampir dihanyutkan arus banjir yang deras, masa tu saya di tingkatan 3...bapalah orangnya yang menyelamatkan saya...dia juga yang menjadi orang pertama mendengar segala masalah yang saya hadapi tak kiralah masalah biasa mahupun bersifat terlalu peribadi...tak malu saya akui, bapa adalah seorang kawan malah hero hidup saya selama-lamanya...meski saya sudah punya hero sendiri setelah pemergian beliau, bapa tetap hero utama di hati saya...
ingat saya suatu masa dulu...kehidupan kami sekeluarga sangat-sangatlah susah...ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...makan hanya sekadar alas perut...pakaian pun jarang-jarang berganti...tapi ketika itu, kehidupan kami sangat-sangat bahagia...arwah bapa selalu berpesan, berpada-padalah apabila berbelanja...jangan terlalu mengikut nafsu dunia...dan kini bila kehidupan kami sedikit senang daripada dulu, pesanan itu tak pernah saya lupakan...begitu juga adik beradik yang lain...sederhana, itu yang kami amalkan sejak dulu...begitu juga ipar duai kami...
kini arwah bapa sudah tiada...baru tiga bulan beliau kembali ke rahmatullah tapi pada saya, bagai sudah bertahun-tahun beliau pergi... sungguh saya sangat-sangat rindukan kehadiran beliau...dia adalah sumber inspirasi saya, kekuatan saya malah jiwa saya...bapa adalah segala-galanya apatah lagi saya adalah anak yang paling rapat dengannya...saya redha dengan pemergian beliau tapi sebagai manusia biasa, kadangkala saya tidak mampu menahan emosi sendiri setiap kali mengenang beliau kerana diri saya adalah hasil didikan dia, seorang lelaki yang miskin harta tapi kaya dengan kasih sayang...
semoga roh beliau dicucuri rahmat sentiasa... dan buat mereka yang masih punya bapa, hargailah beliau setingi-tingginya...mungkin dia bukan bapa yang terbaik di mata kita tapi percayalah, tanpa dia, siapalah kita hari ini...tak guna kita berjaya mengenggam bumbung dunia sekalipun jika ibu bapa sendiri dipandang sepi...hargailah mereka selagi mereka masih ada...insya Allah, biar pun kita hidup umpama ayam yang mengais mencari cacing namun bahagia adalah kekayaan yang kita kecapi sampai bila-bila kerana restu orang tua adalah kunci segala-galanya....
selamat hari bapa buat semua...
No comments:
Post a Comment