apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...
andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu...
andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan menganggap anak kecil yang masih perlukan perhatian...dia risau sekiranya anda mengkhianati kepercayaan yang diberi...dia mahukan yang terbaik untuk anda...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan merajuk, dia tidak mengada-ngada.bukan wang ringgit atau hadiah sedozen yang dimahukannya tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuatkan perempuan berasa dihargai...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan jarang mengatakan 'aku cinta kamu', itu bermaksud dia mahu lelaki itu merasai cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan kata dia rindu, dia benar-benar maksudkannya... apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari anda, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji...dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya walau sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya...selagi dia bersama kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik tetapi di mata dan hatinya kamu juga yang terbaik...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan menjadi degil, dia tidak bermaksud berbuat begitu tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya...percayalah, hati perempuan itu sangat lembut...jangan terkejut jika akhirnya dia menukar fikiran dalam sesaat andai kena cara pujukannya...
andai lelaki tahu...
apabila perempuan berkata, 'tolong tinggalkan saya!', dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya... dia hanya mahu menenangkan fikiran dan apabila dia kembali tenang, pasti dia akan mencari anda semula...itu tandanya dia benar-benar mencintai anda...perempuan sukar mengawal perasaan dan terlalu emosional...tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri... tetapi sekiranya saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan...disebalik airmata perempuan yang dicipta Allah sebagai makhluk terindah, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki merasa selamat bersamanya...biarpun zahirnya perempuan tampak lemah tapi dia punya kekuatan yang boleh mengoncang dunia dan boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya... jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi juga dengan kekuatan untuk menyokong dan menyempurnakan hidup anda...
p/s: catatan ini ditujukan buat seorang kawan yang terguris hati gara-gara sikap seorang lelaki bergelar suami... bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...so tak perlulah nak dibazirkan airmata untuk perkara-perkara alami ini ya...dan buat sang suami yang juga kawan baikku, please take note about this...kasihan isteri yang membuang masa sepanjang malam meratap hiba meluah rasa dan kasihan juga padaku yang juga sudah tentunya tidak dapat tidur tapi bukan itu yang aku kisahkan...sebaliknya hargailah rumahtangga yang sudah lama terbina atas dasar cinta pilihan sendiri... semoga kekal bahagia bersama hingga ke akhirat kelak and I love both of you forever... ceria-ceriakanlah diri selalu ya...Insya Allah bahagia yang dicari pasti ditemui juga nanti...Amin...
No comments:
Post a Comment