Friday, June 15, 2012

Khasiat petai...



Assalamualaikum...
Bangun tidur pagi tadi, tiba-tiba saja saya teringin menulis tentang petai gara-gara semalam bermesej dengan seorang kawan berbangsa Cina yang ingin tahu tentang khasiat petai... saya adalah orang pertama yang dicarinya kerana dia tahu saya memang suka makan petai walau bukan dikategorikan sebagai hantu petai...
soalan dia, apa kebaikan petai? Hmm... pening juga saya nak fikirkan jawapan terbaik untuk soalan ringkas tapi agak mencabar pada saya ni...maklumlah, hanya tahu makan, tak tahu apa kebaikan jauh sekali khasiatnya... mujur juga saya selalu mengikut ayah melawat kawan-kawannya ketika pulang ke kampung... sedikit sebanyak cerita tentang petai yang banyak terdapat di sekitar kawasan kampung diketahui saya... bolehlah dikongsi di sini walau tak sebanyak mana...
kata kawan ayah, petai ni ada pelbagai jenis... antaranya petai butang, petai papan, petai kerayung dan petai meranti... itu antara jenis petai yang saya ingatlah... lain dari itu dah lupa...hehehe...
khasiatnya pula? Hmm... kata kawan ayah lagi, petai ni ada banyak khasiatnya...selain dari dapat mengubat penyakit kencing manis, petai juga dapat merawat penyakit busung, masalah hati, bengkak buah pinggang serta dapat membunuh cacing dalam perut dan usus... 
itu biji petai...macam mana pula dengan bahagian pokok petai yang lain?
kata kawan ayah lagi, daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning dengan cara merebus beberapa helai daun petai dan air rebusannya dibuat minum...
kalau nak tahu, akar pokok petai pun boleh dibuat ubat khusus untuk rawatan sakit kencing manis...betul atau tidak, cubalah...
hah, itu dari segi tradisionalnya... kalau dari segi perubatan pula, lain ceritanya... malah lebih banyak rupanya khasiat petai yang kita tak sangka...
menurut kajian, petai mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda karbohidrat, 3 kali ganda fosforus, 5 kali ganda vitamin A dan juga 2 kali ganda mineral serta lain-lain vitamin berbanding dengan buah epal...petai juga mengandungi tiga jenis gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat... sebab itulah petai dikatakan mampu beberikan kita banyak tenaga...
petai juga boleh dijadikan sebagai gantian ubat moden untuk merawat beberapa jenis penaykit lain seperti strok, stres, anemia, tekanan darah tinggi gastrik, obesiti dan juga sembelit...
hmm... itu tentang khasiat petai... nak tahu tentang petua untuk hilangkan bau mulut setelah makan petai? ini cara paling mudah yang diajar oleh ibu saya... selepas makan petai, pastikan kita mengunyah beras mentah sedikit demi sedikit... kunyahnya harus perlahan-lahan ya hingga hilang baunya... insya Allah, cara ini berkesan...








No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012