Hari berganjak ke bulan lalu bertukar
tahun…hmm… tahu-tahu kita sudah berada di tahun baru Islam hari nikan? Cepat
betul masa berlalu…tak tahulah masa yang cepat berlalu atau kita yang tidak
sedar dengan kedatangan masa yang tak pernah menunggu…
Berkata tentang tahun baru, tak
lengkap rasanya jika tak bercerita tentang azam baru… setiap tahun, tak kiralah
tahun baru Islam atau tahun baru yang lain darinya, pasti ada azam yang kita
tanam dalam hati untuk kita laksanakan sepanjang tahun… saya juga begitu…
seringkali menanam azam untuk menjadi lebih baik dari tahun ke tahun…
Tapi azam sebegitu hanya dibuat waktu
saya kecil-kecil dulu… sekarang bila sudah dewasa saya memahami bahawa azam itu
tak seharusnya dilakukan hanya pada awal tahun baru tapi juga pada setiap masa
dalam apa jua perkara yang kita lakukan…tak kiralah perkara itu penting atau
tidak untuk kita tapi kita harus berazam untuk lakukannya dengan terbaik agar
kita boleh berbangga dengan hasil yang kita perolehi…
Berazam saja tidak cukup jika mahu
menempa kejayaan… azam perlu diiringi dengan semangat, dengan keyakinan dan
yang paling penting, doa dari Dia yang pastinya tidak akan sesekali
mengecewakan kita… kaya atau miskin, susah atau senang, besar atau kecil, semua
benda begitu tak boleh kita jadikan penghalang untuk mendapat kejayaan… tak
usah difikir tentang perkara-perkara besar, cukup sudah jika menilai tingkah
dan kelakuan kita sendiri sama ada sudah berjaya menjadi seorang manusia yang
benar-benar manusia di mata Dia yang Maha Pencipta…
Andai akhlak kita indah, tak mustahil
kehidupan kita juga indah… jika sebelum ini kita tidak punya sikap mudah memaafkan,
apa kata mulai sekarang kita semai sikap ini dalam hati… memang payah malah
sukar untuk kita mengubah sesuatu yang telah berakar umbi dalam diri tapi
percayalah, segala-galanya lebih indah dalam hidup jika kita tidak punya rasa
negatif dalam jiwa… jika marah menguasai hati, lama-kelamaan jika terus dibiar
akan berubah menjadi dendam dan tak mustahil rasa dendam akan mengubah kelakuan
kita hingga akhirnya tanpa kita sedar, kita bukanlah diri kita lagi…
Marah itu juga tidak elok untuk
kesihatan… selain menampakkan wajah semakin tua, marah juga merosakkan hati…
marah juga tidak mampu mem buat hidup kita tenang… bahkan marah juga tidak
boleh memberi rasa bahagia pada kita…
Jadi apa formulanya untuk jadikan
hidup kita lebih indah dari biasa? Belajarlah memaafkan walau perit untuk
dilakukan… bukan setakat maaf, semailah sikap-sikap baik lain yang pastinya
akan mengubah warna kehidupan kita… percayalah, sama ada kita seorang yang
miskin, tak punya wajah cantik, tak punya pendidikan tinggi dan kurang dalam
serba serbi tapi jika kita kaya dengan sikap-sikap baik, kitalah manusia yang
paling bahagia melalui kehidupan yang indah dunia akhirat nanti… tak percaya?
Cubalah… salam tahun baru buat semua…
No comments:
Post a Comment