Pernahkah sesiapa di antara kita yang
kehilangan sesuatu? Berharga? Bernilai? Tidak punya sebarang kepentingan? Hmm…
biar apapun harganya di mata kita, tak ada sesiapa di dalam dunia ini yang
tidak pernah kehilangan sesuatu sepanjang hayatnya… jika bukan harta benda,
orang kesayangan atau boleh jadi ianya berbentuk perasaan mahupun impian kerana
kehilangan bukan dipandang dari sesuatu yang berbentuk fizikal atau material
semata-mata bahkan meliputi segala-gala yang mampu kita nilai dan rasai…
Jika tidak merasa sayang, maka
tidaklah kita merasa kehilangan… benar kata orang, cinta itu memainkan peranan
utama dalam hidup kita… tanpa cinta, kita tidak rasa apa-apa dan bila tiada
cinta, kita juga tidak rasa kehilangan kerana kita sayang pada sesuatu yang
telah kita kehilangan… kerana itu rasa cinta seringkali berkait rapat dengan
kehilangan mahupun selain darinya…
Bernilai atau tidak sesuatu itu,
semuanya bergantung kepada tahap cinta kita terhadapnya… ada orang sangat
menyayangi kereta melebihi kasih sayangnya terhadap keluarga sendiri… ada pula
yang begitu mencintai hobi hingga tidak peduli dengan kata-kata orang
sekeliling… pendek kata, semuanya memang bergantung pada rasa cinta yang ada
dalam hati kita…
Biar apapun yang kita miliki, haruslah
kita ingat, semuanya perlu kita letakkan rasa cinta walau hanya sedikit kerana
jarang kita mendapat peluang untuk memiliki sesuatu yang telah kita hilang buat
kali kedua… tak kiralah jodoh, kerjaya, harta benda mahupun jiran tetangga,
hargailah apa yang ada di depan mata kita kerana kita tidak tahu dan jarang
mengambil tahu bila masanya kita akan kehilangan semua yang masih ada di depan
mata kita…
Juga jangan lupa, jangan terlalu
membenci kerana suatu masa apabila kita semakin dewasa dengan keadaan hidup
yang kita hadapi, kita sendirinya akan menyedari bahawa kehidupan ini penuh
dengan onak dan duri… maka tidak mustahil sesuatu yang kita benci itu akan
berubah menjadi sayang dan kerana kehilangannya, maka kita akan menyesal buat
seumur hidup meskipun peluang kedua terbuka di suatu ketika…
Usah lupa, semua makhluk Allah dalam
dunia ini takkan terlepas dari melakukan kesilapan dan kebanyakan dari
kesilapan itulah yang akan menyedarkan erti kasih sayang dan kehilangan yang
sebenarnya… jadi usah abaikan apa yang kita ada… sentiasalah tanamkan rasa
sayang walau secebis pada apa yang wujud di sekeliling kita… ingat, berkongsi
kasih sayang itu adalah sejuta kali lebih baik dari merasa seorang…
No comments:
Post a Comment