Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam.
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Gelaran Ulul Azmi
5 orang rasul yang memiliki gelaran Ulul Azmi adalah:-
Nabi Nuh a.s.
Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Musa a.s.
Nabi Isa a.s.
Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil al-Quran tentang Ulul Azmi
Firman Allah S.W.T: Maksudnya:
“ “(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulul Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pengajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik (derhaka).” (Surah Al-Ahqaaf : Ayat 35)[1] ”
Mengenai lima orang rasul yang diutuskan oleh ALLAH setelah dipilih daripada kalangan para nabi yang digelar sebagai rasul Ulul Azmi memang dinyatakan dalam Al-Quran sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
“ “Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s. dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad s.a.w.) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s., iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).” (Surah Asy-Syuraa: Ayat 13)[2] ”
Sebab diberi gelaran Ulul Azmi
Mendapat pengiktirafan Allah s.w.t.
Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
Sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah.
Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
Sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah.
No comments:
Post a Comment