Wednesday, September 05, 2012

Aura warna mengikut hari


Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.




ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer

SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer

RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer

KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer

JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer


SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer

AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer


Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water). 


Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan. 

(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH4xQBEVr3sfM10cVCttKJo34x1Qpx6zXA0vT52R1IPcyCs3-6IyUviChmCZF-DDBHN_jTwTmtvudefVEvuVVbdbVixs_Vz06lkXV34l-8DSE3N7JCEXmPkMtDiMkKEra8bXWe9XUAads/s1600-h/spectrum_analyzer.jpg)

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

ISNIN

Warna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-1.html) dan Kelenjar Pitutary (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-2.html). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-1.html) dan Kelenjar Pitutary (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-2.html). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

SELASA

Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-3.html). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-3.html).

RABU

Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

KHAMIS

Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-12.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringksan-formula-nw-13.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-14.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-15.html) 

dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-16.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-17.html).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

JUMAAT

HIJAU ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-11.html) dan Paru-paru (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-10.html).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-11.html) dan respirasi (Paru-paru http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-10.html) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU

MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-19.html), Otot, Darah (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-18.html), Tulang dan Saraf (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-20.html). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus 

(http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-19.html), Darah dan Otot (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-18.html) atau Tulang dan Saraf (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-20.html), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

AHAD

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Tuesday, September 04, 2012

Cara mengerjakan solat Jamak

Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur. 

"Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan. 

Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

Syarat Jamak Taqdim:

1. Meniatkan jamak di dalam solat.
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.

Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:

1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.

Lafaz niat solat jama' taqdim, cth: Zohor dengan Asar

" Usolli fardha al-Zuhri arba'a raka'atin majmu'an ilaihi al-'Asru lillah taala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat jama' dengan Asar kerana Allah Ta'ala)

" Usolli fardha al-'Asr arba'a raka'atin majmu'an lillahi ta'ala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat jamak kerana Allah Ta'ala)

Bagi jama' ta'khir, cth: Asar dengan Zohor, lafaznya sama seperti di atas cuma berbeza pada sebutan solat (didahulukan solat Asar daripada solat Zohor.

Lafaz niat Qasar dan Jama' Taqdim / ta'khir serentak:cth: Zohor dengan Asar:

"Usolli fardha al-Zuhri qasran majmu'an ilaihi al-'Asru lillahi ta'ala"
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar, jamak dengan Asar kerana Allah Ta'ala

Karakter Zikir Metafizik melalui ayat-ayat Al-Quran




Salamun qaulam mir rabbir rahiim (Surat Yassiin : 58)


Energi seperti hembusan angin di pantai. keceppatan 200 juta km/ jam

La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz-Zalimin
Energi berhembus seperti angin di pantai dengan kecepatan 230 juta km/ jam


Innamaa amruhuu idzaa araada syai-an, ayyaquula lahuu kun fayakuun (Surat Yassiin : 82)

Seperti angin topan menghentak-hentak. Kecepatan 410 juta km/ jam


Ittaqu Allaha haqqa tuqatihi (Ali Imron : 102)

Hembusannya cukup kencang dengan kecepatan 255 juta km/ jam


Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar

hembusannnya cool, cukup lembut namun terasa hangat. Kecepatan 300 juta km/ jam


Bismillahirrohmanirrohiim

Hangat bertiup seperti awan berjalan di langit. Kecepatan 370 juta km/jam


Allahu Akbar

Seperti tiupan angin puting beliung yg sangat kuat. Kecepatan 670 juta km/ jam

Angka ini adalah angka minimal yg dihasilkan pada saat melakukan zikir-zikir HM. Kuasa kecepatan akan dapat bertambah seiring bertambahnya kualitas ruhani/jati diri seseorang. Angka ini juga bukan bererti perbandingan besar kecilnya kuasa positif dari ayat-ayat Al Quran. Tetapi power positif dari masing-masing ayat ini manfaatnya berguna untuk masing-masing permasalahan rintangan kehidupan mausia. Bila dimanfaatkan dengan tepat pd permasalahannya, maka setiap ayat akan menjadi sangat berkuasa. Tak percaya? Cubalah sendiri...

Rahsia penyakit melalui tapak tangan


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita…kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube cek tapak tgn masing2, kalo yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernak tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric. Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok

pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah... 

Monday, September 03, 2012

Yakinlah setiap manusia telah ada Rezekinya

Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umurnya untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki apabila ikhlas niat dan dilaksanakan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga dapat menguatkan akidah seorang Muslim. Allah SWT adalah pemberi rezeki. Banyak perkara di dunia ini yang dipermudahkan olh Allah SWT untuk manusia agar digunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah SWT apabila kita telah mendapat nikmat dariNya.
Pernah satu ketika Nabi Allah Sulaiman a.s yang boleh memahami bahasa haiwan bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab ia hanya memrlukan makanan sebesar sebutir gandum untuk tempoh itu.
Lalu Nabi Allah Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut ke dalam sebuah botol dengan diletakkannya bersama gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup setelah dibuat sedikit lubang bagi membolehkan udara masuk ke dalam botol tersebut.
Setelah cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Allah Sulaiman a.s. Baginda dapati hanya separuh saja dari gula sebesar sebutir gandum itu yang dimakan oleh semut tersebut. Pelik dengan keadaan itu lalu Nabi Allah Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum untuk setahun?
Maka semut menjelaskan bahawa jika ia berada di luar botol pasti rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Oleh sebab itu ia pasti takkan risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Allah Sulaiman a.s) maka dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Manalah tahu jika manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih dari tempoh satu tahun, maka apa yang akan terjadi padanya?
Terdapat pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah ini. ternyata semut lebih yakin jaminan rezekinya dari Allah yakni ia bertawakal kepada Allah ketika di luar botol berbanding ‘jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan (ia masih punya makanan untuk bekalan depan hari).
Kerana itu kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah SWT tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah SWT? Oleh itu yakinlah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia ini Allah SWT telah menjamin rezeki untuknya sama ada ibu bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhlukNya, dari kecil-kecil makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal maka pasti akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah SWT di muka bumi ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya,” (Surah At-Talaq ayat 2-3)
Takwa adalah kriteria atau ukuran seseorang yang paling hampir dengan Allah SWT. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dialah adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Dia amat takut kalau-kalau dia terjerumus di dalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Dia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi dia juga telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT. Malah semua perkara yang harus pula diniatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.
Allah SWT akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasalahan hidup yang dihadapinya akan terbentang luas jalan keluar diberikan Allah SWT. Bukan setakat itu saja malah Allah SWT akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka sama ada rezeki itu datang dari langit, bumi, lautan malah yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan susah dipermudahkan.
Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri,
“Kenapa rezekiku sempit? Berbagai usaha sudah dibuat tetapi masih gagal mencapai matlamatnya. Berniaga merosot, puas berdoa dan meminta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkanNya?”
Perlu diingat bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang akan berlaku kpada para hambaNya. Dilambatkan permohonannya adalah untuk kebaikan hamba itu sendiri. kerana takwanya belum mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak dia berusaha, berdoa dan bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah SWT. Allah SWT juga ingin memberikan pahala yang besar kepadanya di atas kesabarannya itu. oleh itu kita kena berbaik sangka dengan Allah SWT, berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah SWT.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang brmaksud,
“Allah SWT berfirman: Aku sesuai dengan prasangka hambaKu kepada diriKu’
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
“Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah”
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah maksud brbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan atau pun rasa takut mengatasi rasa harap.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rzeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang ke sarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh,”
Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT dan mereka akan mendapar balasan yang baik di akhirat nanti.
Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah SWT hanya berada di tanganNya dan Dia akan membuka pintu rezki ini seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat dhuha, solat tahajud, berzikir dan membaca Al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah SWT dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkanNya dan dikurniakan rezeki di jalan yang tidak disangka-sangka.
Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, janganlah sampai menjauhkan kita dari beribadah dan mengingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kpada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita msti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan prgantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangkalah dengan Allah SWT. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. berusaha dan berikhtiarlah kerana ianya sunnatullah. Tetapi ingatlah, ianya tidak akan dapat mengatasi takdir Allah SWT.

(Diubah suai dari nursyirah.wordpress.com)

Wajib qada solat fardu yang ditinggalkan…

SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.
Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.
Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: 
“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: 
Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).
Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.
Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.
Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

Lafaz qada solata adalah dengan menukarkan adaan  kepada  qadhoan (أداء/ قضاء ) 

Lafaznya: Misalnya lafaz solat Fardhu Zhohor tadi 

أصلى فرض الظهر اربع ركعات أداء/ قضاء لله تعالى

Usolli fardhoz-zuhri arba'a roka'aatin adaa-an/qadhoan  Lillahita'ala

Niatnya : Sahaja aku solat fardhu Zhohor , 4 Rakaat tunai /qadho kerana Allah Taala
atau Sahaja aku qadho solat fardhu Zhohor , 4 rakaat kerana Allah Taala .

Waktunya: Diharuskan qada pada bila-bila waktu 
 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012