Showing posts with label DUNIA BUKU : TAMBAHKAN ILMU. Show all posts
Showing posts with label DUNIA BUKU : TAMBAHKAN ILMU. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Jom jadi penulis...


Berminat menulis novel awal remaja? Lihat di bawah ini...


KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENULIS NOVEL AWAL REMAJA, anda dipelawa untuk menulis dengan kami di Buku Prima. Bagaimana? Berikut disenaraikan panduan untuk anda. Terima kasih. =)

Panduan untuk menulis novel remaja adalah:
1) Langkau 2 baris, Times New Roman, font size 11@12
2) Muka surat 150-250 helai (bercetak hanya di depan sahaja)
3) Sekurang-kurangnya bab antara 15-20 bab
4) Diskripsi ilustrasi perlu diberikan bagi setiap bab. Sekurang-kurangnya 1 atau 2 diskripsi untuk sesebuah bab.
5) Jalan cerita yang berkisarkan remaja yang berumur antara 12-17 tahun.
6) Cintan-cintun amatlah digalakkan tapi hanya kepada pelajaran, hobi (DIY), sukan, aktiviti yang menarik seperti berkawad, cheerleading dll. Boleh masukkan unsur cinta remaja tapi tidak keterlaluan sehingga pegang2 tangan, duduk rapat2, dll.
7) Elakkan cerita yang berunsur tahyul/mistik (tapi genre seram/misteri/fantasi dialu-alukan) dan cerita berkenaan kepahlawanan/kependekaran/sejarah/dll yang dirasakan kurang best
8) Semestinya, novel itu mestilah mempunyai nilai-nilai murni (cth mcm iklan adlin aman ramli kat dalam lrt tu...hehe) dan mampu memberi moral/pengajaran kepada pembaca remaja.
9) Laras bahasa perlu selari dengan audiens kerana ada sesetengah penulis yang sudah terbiasa menulis dengan laras bahasa yang tinggi. Maka, perlu direndahkan sedikit@disantaikan lagi.
10) Jangan lupa, sertakan sinopsis panjang (keseluruhan cerita) dan sinopsis pendek untuk blurb.
11) Oleh kerana, kami selalu berkompromi dengan penulis, maka kami mohon supaya penulis berikan juga cadangan tajuk (yang catchy sahaja) dan cadangan diskripsi cover buku (jika bersesuaian, kita akan ikut..jika sebaliknya, terpulang kepada designer)

Jom... baca novel-novel seram Grup Buku Karangkraf...


Novel seram... sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat novel mistik... saya bukanlah seorang yang suka membaca novel-novel sebegini tetapi sekal sekala melayan novel yang lain dari genre lazim, memang tak mengecewakan... apatah lagi novel-novel seram hasil penulis-penulis di Grup Buku Karangkraf memang tidak pernah mengecewakan...
Selain Magis karya Ramlee Awang Murshid, tiga lagi novel seram di atas telah saya ikuti jalan ceritanya di http://ilham.karangkraf.com/ walau hanya sebahagian... memang tak mengecewakan malah menjadikan saya semakin teruja untuk memilikinya dalam bentuk bercetak pula...
bagi peminat-peminat novel seram, jangan lupa dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran... saya sendiri tidak sabar untuk memiliki keempat-empatnya... jom beli...
 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012