BAB
11
“Mengikut perangkaan yang
dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Bank Dubai, permohonan pinjaman untuk
membiayai beberapa projek yang berkaitan dengan sektor perhotelan semakin
meningkat. Ini bermakna, sektor perhotelan di Dubai mempunyai potensi untuk
berkembang dengan lebih pesat,” Zara mengemukakan pendapat.
Dipandang tepat riak wajah
Yashmaan yang kelihatan serius. Mereka berdua baru saja selesai makan tengah
hari di salah satu restoran di Jalan Naif.
Yashmaan yang duduk berhadapan
dengan wanita itu tersenyum kecil.
“Tapi dengan perkembangan yang
pesat itu, akan menyebabkan harga tanah yang dijual di Dubai akan menjadi
semakin mahal Za.”
“Perkara itu memang tak dapat
kita nafikan tapi sekurang-kurangnya awak beruntung Yash kerana awak mendapat
tapak untuk pembinaan hotel kedua awak tu di kawasan Arabian Canal, kawasan
yang bakal memberi keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa yang akan
datang.” Bersemangat Zara menyambung kata.
Yashmaan mengangguk kecil.
“Sebab itulah saya nak buat
yang terbaik untuk hotel kedua saya ni. Kalau boleh, lebih baik dari hotel yang
sedia ada sekarang.”
“Insya Allah, Yash. Saya akan
berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk pembinaan hotel awak tu nanti,” Zara
bersuara lagi. Kepalanya terangguk-angguk beberapa kali.
Yashmaan turut mengangguk. Mereka
terdiam seketika.
“Zara, can I ask you something?”
Suara tenang Yashmaan memecah
keheningan antara keduanya. Wajah jelita milik wanita itu di pandang lama.
“Yeah, sure,” balas Zara lembut. Turut membalas pandangan lelaki
itu.
“Awak dah berkahwin?” soalnya
tenang.
Zara tersentak seketika. Hilang
senyuman yang menghiasi bibirnya sedari tadi. Tidak menyangka soalan itu yang
akan terkeluar dari mulut lelaki itu.
Dia tersenyum sedikit sebelum
kembali membalas pandangan Yashmaan yang tenang melihat perubahan reaksinya.
“Apa pendapat awak Yash?” Sedikit
gugup dia melontar pertanyaan. Sengaja tidak menjawab soalan lelaki itu.
“Saya rasa ya,” Yashmaan
menjawab tenang. Kedua tangannya memeluk kemas tubuh sasanya.
“Awak pasti?”
“Ya.”
Yashmaan mengangguk perlahan.
Matanya masih merayap di segenap ruang wajah putih bersih Zara.
“Bagaimana awak boleh begitu
pasti?” Tanya Zara.
“Cincin di jari awak,” ujar
Yashmaan lagi.
Matanya merenung sejenak cincin
yang berada di jari wanita itu.
Zara memandang cincin yang
tersarung di jari manisnya. Cincin emas bertatahkan berlian di tengahnya itu di
pandangnya sekilas. Dia tersenyum memandang Yahmaan yang masih menanti
jawapannya.
“Betul,kan?” soal Yashmaan
lagi.
Perlahan-lahan Zara mengangguk
kecil. Hatinya yang sedikit berdebar sebentar kini kembali reda.
Sesungguhnya Zara tidak menduga
lelaki itu akan bertanya soalan itu padanya. Dia membuang pandangannya ke luar
restoran yang kelihatan sesak dengan orang ramai.
Cuaca panas tengah hari itu
tidak menghalang pengunjung membeli belah di lorong-lorong kecil yang terdapat
di kawasan itu. Sejak dari dulu lagi keadaan Jalan Naif yang mirip dengan Jalan
Masjid India di Kuala Lumpur itu tidak pernah sunyi dari menerima kunjungan
pengunjung baik dari dalam mahu pun luar Dubai.
“Apa pekerjaannya?”
Zara sedikit tersentak. Dia
kembali memandang Yashmaan yang sedari tadi tidak mengalihkan pandangannya dari
wajah wanita itu.
“Hah, siapa?” Agak gugup dia
menyoal.
“Your husband.”
Ternyata Yashmaan masih tidak berganjak
dari persoalan yang sama.
“Oh, dia seorang doktor di
Malaysia.”
“Malaysia?”
Dahi Yashmaan sedikit berkerut.
Hairan.
“Hmm…”
Zara mengangguk lagi. Jarinya
bermain-main dengan penyedut minuman di dalam gelasnya yang telah lama kosong.
“Jauhnya…”
“Nak buat macam mana. Tuntutan kerja.”
Zara membalas. Ditunduk sedikit wajahnya.
“Kenapa tak minta dia transfer ke sini saja. Hospital Kuwait
tu pun bukannya jauh sangat dari rumah awak Za.”
Yashmaan masih merenungnya.
Zara kembali terdiam. Jarinya telah
lama berhenti dari bermain dengan penyedut minuman. Dia tersenyum sedikit. Tawar.
“Actually, kami dah lama tak tinggal sebumbung.”
Suara Zara kedengaran bersahaja.
Memandang tenang wajah Yashmaan yang kelihatan sedikit tekejut dengan
jawapannya.
Senyuman Yashmaan mati dengan
tiba-tiba. Pelukan di tubuhnya terlerai.
“I’m sorry,” ujarnya perlahan.
“That’s okay.”
Zara membalas lembut sebelum
tersenyum kecil.
Untuk seketika Yashmaan
kehilangan kata. Matanya memerhati sekilas Zara yang kelihatan tenang membuang
pandangan ke luar sebelum kepalanya ditundukkan sedikit. Hatinya sedikit kesal
kerana membangkitkan persoalan sebegitu pada Zara.
“Awak sendiri Yash, kenapa sehingga sekarang
belum berkahwin lagi?”
Zara kembali memandang tepat
wajah tampan itu.
Yashmaan yang sedikit tersentak
dengan soalan yang tiba-tiba itu segera mengangkat muka. Dia tersenyum kecil.
”Saya?” soalnya tenang semula.
“Belum ada jodoh,” sambungnya.
Tubuhnya kembali di sandar ke kerusi.
“Takkan tak ada seorang pun
yang berkenan di hati?”
Yashmaan tersenyum lagi.
Kepalanya digeleng beberapa kali.
“Belum ketemu yang sesuai.” dia
menjawab tenang.
Zara turut tersenyum. Matanya
kembali memandang ke luar restoran. Mereka terdiam lagi.
“Za, kalau awak tak keberatan,
boleh saya tahu sebabnya awak dan suami berpisah?” Yashmaan kembali
membangkitkan persoalan yang sama.
Selama ini, dia tidak pernah
peduli dengan kehidupan orang lain. Baginya, setiap manusia mempunyai jalan
kehidupan yang tersendiri dan dia tidak berminat untuk mengetahuinya. Tetapi
hari ini entah mengapa hati lelakinya terdetik ingin mengetahui perihal wanita
yang telah dikenalinya sejak beberapa bulan yang lalu itu. Mungkin disebabkan
sikap mudah mesra yang selalu dipamerkan Zara menyebabkan dirinya tertarik
untuk mengetahui latar belakang peribadi wanita itu.
Zara mengeluh seketika sebelum
kembali memandang lelaki itu.
“Entahlah, mungkin kerana kami
berdua tak serasi bersama,” ujarnya perlahan.
“Dah lama ke kamu berdua
berpisah?”
Zara mengangguk kecil sebelum
menjawab.
”Dah hampir tujuh tahun,”
Perlahan dia menyahut. Matanya turut membalas pandangan lelaki itu.
“Lama tu,” ujar Yashmaan.
Zara turut mengangguk kecil.
Tidak membalas kata-kata lelaki itu.
Yashmaan menarik nafas panjang.
Matanya di kerling ke arah jam yang tersarung di tangan.
“Hmm, dah hampir pukul 2.00
pun.”
Yashmaan menutur kata perlahan.
Dia kembali menegakkan tubuh.
“Marilah saya hantar awak pulang
ke pejabat, nanti tak sempat pula awak solat nanti.”
Dia membetulkan letak baju di tubuhnya
sebelum bangkit. Zara turut bangun. Tangannya mencapai beg tangan yang
diletakkan di tepi meja sebelum mengikut Yashmaan yang terlebih dahulu mengatur
langkah meninggalkan restoran itu.
No comments:
Post a Comment