BAB 4
PERLAHAN
sepasang kakinya memijak anak-anak tangga batu rumah hingga langsung tidak
kedengaran sebarang bunyi. Dia menapak menuju ke tingkat bawah. Terus ke ruang
tamu. Dia tersenyum sedikit tatkala matanya terpandang emaknya ralit menonton
televisyen ketika ini.
“Hah
Wafi, marilah duduk sekali,” ajak Puan Ainun sebaik sahaja terpandang anak
gadisnya di penghujung tangga. Kusyen di sisinya ditepuk lembut.
Gadis
itu hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sofa. Berdepan Puan Ainun.
“Kamu
dah Solat Isyak Wafi?” tanya Encik Musaid baru melangkah keluar dari bilik
bacaan di sudut rumah. Matanya memandang sekejap gadis itu yang mengangguk buat
kali kedua.
“Dah
ayah,” jawab Wafi lembut sebelum kembali menatap televisyen di depannya.
Suasana
sunyi seketika sebelum Encik Musaid melantun suara semula tidak lama kemudian.
“Wafi,
boleh ayah tanya sesuatu?” Mata lelaki itu kembali mencari wajah gadis itu.
Wafi
tersentak. Dari skrin televisyen dialih matanya ke arah si ayah yang telah lama
melabuhkan punggung tidak jauh darinya.
“Ayah
nak tanya apa?”
“Apa
perancangan Wafi sekarang?”
“Perancangan
macam mana maksud ayah?”
Dia
tidak begitu pasti dengan pertanyaan lelaki itu. Lama matanya memandang si
ayah. Menanti jawapan.
“Maksud
ayah, Wafi tak nak ke bekerja kat mana-mana syarikat? Wafi kan ada ijazah dalam
bidang rekaan dalaman. Kalau Wafi mahu, ayah boleh tolong carikan syarikat
terbaik untuk Wafi bekerja nanti,” jelas Encik Musaid begitu lembut dan tenang.
Tidak
mahu pertanyaannya menggores hati anak yang telah diketahui sifatnya sedari
dulu. Begitu sensitif dan mudah terluka.
Wafi
pula sudah tertunduk. Sedang jari-jemari kaki sudah menguis-nguis hujung
permaidani.
“Buat
masa ni Wafi belum terfikir nak kerja kat mana-mana lagi ayah. Rasanya Wafi
lebih selesa berada di rumah saja. Selama ni pun Wafi bekerja dari rumah saja.
Lain pulak rasanya kalau tiba-tiba Wafi bekerja kat luar. Lagipun Wafi tak
biasa dengan keadaan kat luar tu,” sahutnya lambat-lambat.
Menyusun
kata satu per satu agar keinginan hatinya difahami semua. Ditunduk kepalanya
lagi usai bersuara. Tak sanggup rasanya dia menatap wajah kecewa lelaki itu
biarpun tiada rasa itu terpamer di riak tuanya ketika ini.
Encik
Musaid melepas nafas panjang. Jawapan si anak ternyata menimbulkan rasa kecewa
di hatinya sekalipun rasa itu tidak tercarik di wajahnya. Kecewa memikirkan
keadaan Wafi yang ternyata masih berkeadaan sama sepertimana dulu. Tidak mahu
bergaul apatah lagi meneroka dunia luar yang telah lama ditinggalkannya.
Gadis
itu masih tegar berada di dunianya sendiri. Dunia yang hanya membawa kemusnahan
buat dirinya di mata semua. Begitupun Encik Musaid sedar. Bukan menjadi haknya
memaksa gadis itu mengikut kehendaknya dan Puan Ainun.
Encik
Musaid membuka mulut lagi setelah berfikir beberapa detik.
“Kalau
begitu terpulanglah pada Wafi sama ada Wafi nak kerja dari rumah atau di luar.
Baik ayah ataupun mak, kami sama-sama tak kisah. Asalkan Wafi gembira dengan
keadaan tu, kami terima saja.”
Ternyata
dia mengambil tindakan beralah dengan keputusan gadis itu. Tenang saja dia
membalas senyuman Wafi tatkala pandangan mereka bercantum. Biarpun hanya
sekali-sekala dia dan isteri dapat melihat senyuman itu namun telah cukup
menjadi ubat buat mententeramkan hati tua mereka.
“Betul
tu Wafi. Mak dan ayah takkan paksa Wafi untuk buat apa yang Wafi tak suka.
Semuanya terpulang pada Wafi sendiri. Mak ayah ikut saja apa yang Wafi rasa
terbaik untuk kebaikan diri Wafi sendiri,” sampuk Puan Ainun pula.
Turut
beralun dalam nada lembut biarpun jelas terpancar riak kecewa di wajahnya
sebagaimana yang ada di hati suaminya. Sedaya-upaya kedua-duanya cuba
menyembunyikan rasa itu di balik senyuman manis masing-masing. Tidak mahu
menyinggung hati dan perasaan gadis yang sedia difahami sikapnya itu. Terlalu
mudah jatuh leraian air matanya.
“Terima
kasih mak, ayah.”
Hanya
itu yang terluah dari celah mulut Wafi sebelum gadis itu kembali memacak
pandangan ke televisyen. Tekun menelaah rancangan televisyen di depannya tanpa
menyedari kedua-dua orang tuanya masih berbalas pandangan. Kedua-duanya
sama-sama melepas nafas panjang selepas itu. Rasa sebal menguasai hati mereka
kala ini.
MATAHARI
hampir
menenggelamkan diri tatkala dia tiba di rumah petang itu. Segera dimatikan
enjin kereta sebaik memarkir keretanya di depan rumah. Dia terus menapak ke
dalam rumah selepas keretanya dikunci. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja
terdengar namanya dipanggil seseorang.
Pantas
dia menoleh. Memandang dua batang tubuh yang masih berada di bangku batu di
halaman rumah ketika itu. Pantas dia menyertai mereka.
“Baru
balik Ainul?” tegur Wardina lembut.
Ainul
mengangguk kecil.
“Kak
Long dan Along buat apa kat sini?” soal Ainul, terus melabuhkan punggungnya di
sisi Ammar.
“Buat
apa, bersantai ajelah. Yang kamu ni, dah petang begini baru balik. Kamu dari
mana?” soal Ammar menatap seketika wajah lesu adik bongsunya.
“Dari
mana lagi Along kalau bukan dari pejabatlah. Banyak lagi kerja orang yang belum
siap. Itulah yang lewat sikit orang balik hari ni.” Lemah dia memberi jawapan.
Sambil
itu, jari-jemarinya melonggarkan ikatan tali lehernya. Rimas dengan keadaan
itu.
Ammar
mencebik sedikit.
“Iyalah
tu kamu. Banyak kerja kat pejabat konon. Macamlah Along tak tahu perangai kamu
yang gila bekerja tu. Kerja kamu tu taklah sebanyak kerja Along tapi saja aje
kamu nak ada-adakan kerja supaya kamu tak payah balik awal ke rumah. Jadi tak
adalah kamu dapat dengar leteran mak selalu.” Suaranya sedikit menyindir si
adik yang cukup difahami tingkahnya.
Ainul
hanya tersengih.
“Along,
orang tanya sesuatu boleh?” soal Ainul tiba-tiba.
Biarpun
usianya sudahpun mencecah awal 30-an namun Ainul tetap membahasakan dirinya
dengan panggilan ‘orang’ iaitu panggilan yang sejak kecil digunakannya setiap
kali berbicara dengan seluruh ahli keluarganya. Wajah tenang Ammar dipandang
seketika.
“Apanya?”
tanya abangnya, sudah menjongket kening.
“Kenapa
ayah bagi projek dia dengan Ayah Zali pada orang?” soal Ainul terus mengaju
soalan yang sudah beberapa hari bermain dalam kepalanya.
Ammar
pula sudah mengerut dahi.
“Projek
ayah dengan Ayah Zali? Projek apa pulak tu?” soal Ammar bernada terkejut.
Benar-benar tak mengerti dengan soalan adiknya itu.
“Projek
apa lagi kalau bukan projek kerjasama antara syarikat ayah dengan syarikat Ayah
Zali tulah.” Dalam bersuara sempat pula Ainul merengus halus.
“Eh,
ayah ada buat projek dengan Ayah Zali ke? Along tak tahu pun pasal tu.” Agak
bersungguh-sungguh bercampur terpinga-pinga Ammar menjawab. Sedang Ainul terus
saja menggaru-garu kepala. Sedikit bingung melihat reaksi tak dijangka dari
lelaki itu.
“Bila
masanya ayah bagi projek tu kat kamu?” soal Ammar ingin tahu.
“Baru
aje dalam seminggu dua ni. Tapi tulah, kalau boleh orang tak mahu handle projek
tu. Jauh sekalilah nak siapkannya.” Kali ni Ainul mengeluh pula.
“Lah,
kenapa pulak? Apa salahnya kalau kamu handle projek tu pun? Kalau kamu
terfikir nak mintak tolong Along untuk ambil alih, Along mintak maaf
banyak-banyak ya dik. Along sendiri pun sibuk dengan projek-projek lain,” ujar
Ammar pantas menolak tanpa sempat Ainul menerangkannya dengan lebih lanjut.
“Along
ni, macam tahu-tahu aje orang nak mintak tolong dia handle projek tu,”
rungut lelaki itu.
Dia
kembali mengeluh berat. Sekali gus mengundang kerutan di wajah Ammar. Manakala
Wardina hanya memasang telinga. Bukan menjadi sikapnya mencelah kata dalam
perkara-perkara yang tiada dalam pengetahuannya. Apatah lagi dalam
perkara-perkara yang melibatkan kerjaya suami dan adik iparnya.
“Look,
tell me. Apa masalahnya kalau kamu yang handle projek tu pun?
Bukannya kamu tak biasa handle projek besar-besar selama ni. Setakat
projek bernilai satu dua juta tu senang-senang aje kamu handle seorang
diri. Setakat projek ayah-ayah kita tu lagilah tak ada masalah buat kamu
memandangkan nilai projek terbaru tu pun rasanya lebih kurang sama aje dengan
projek-projek mereka yang terdahulu bukan? Jadi apa salahnya kalau kamu handle
projek keluarga kita tu pun?” soal Ammar kurang faham tentang itu. Wajah
kecewa Ainul diperhati lagi. Mencari jawapan.
“Masalahnya
Along, ayah dan Ayah Zali mintak orang handle projek tu dengan Alia.
Orang tak mahulah bekerja dengan perempuan tu lagi,” jawab Ainul lambat-lambat.
Lalu
mengundang senyuman lebar abang kandungnya. Mengerti kini sebab-musabab sebenar
yang membuatkan Ainul keberatan menerima tanggungjawab itu.
“Oh,
sebab tu rupanya? Barulah Along faham.”
Senyuman
Ammar terus melebar.
“Apa
salahnya kalau kamu bekerja dengan Alia pun? Bukannya kamu tak pernah bekerja
dengan dia sebelum ini. Malah kebanyakan projek kerjasama keluarga kita dulu dihandle
oleh kau orang berdua. Jadi elok benarlah kalau kau orang bekerjasama buat
kali seterusnya,” sambung Ammar. Lebih kepada mengusik adik kesayangannya itu.
Ainul sudah menarik muncung.
“Dulu
tu lain Along, sekarang ni lain pulak,” balas Ainul cepat-cepat tanpa mahu
menerangkan dengan lebih lanjut makna kata-katanya.
“Apa
pulak yang lainnya? Along rasa sama aje dulu dengan sekarang. Bezanya dulu kau
orang pernah jadi suami isteri. Sekarang ni dah berpisah. Tapi sebelum kau
orang kahwin dulu pun, kau orang dah pernah bekerja bersama kan? So,
Along tak nampak kat mana lainnya pun.”
Selamba
saja Ammar menyahut. Tidak peduli pada perubahan wajah si adik yang ternyata
semakin kelat bercampur masam bila mendengar kata-katanya. Lalu melahirkan
rengusan lelaki itu buat sekian kalinya.
“Dahlah
Along, malas orang nak cakap pasal hal ni lagi. Orang masuk dalam dululah ya.
Nak mandi.” Agak marah Ainul bersuara seraya terus bangun dari duduknya.
Geram
sebenarnya dengan kata-kata berupa usikan si abang. Laju saja Ainul menapak ke
dalam sebelum terhenti bila Ammar memanggilnya semula.
“Cepat
sikit mandi tu dik. Kita Solat Maghrib sama-sama.” Suara lelaki itu.
Ainul
hanya mengangguk sebelum menghilang dari situ. Meninggalkan Ammar bersama
Wardina.
Suami
isteri itu saling bertukar senyuman tatkala terpandang anggukan lemah lelaki
itu. Penuh makna. Mengerti apa yang bersarang di hati Ainul waktu itu.
“ASSALAMUALAIKUM
ayah,”
ucap Isma menyuara salam sebaik sahaja menghampiri lelaki itu. Menyentak
pandangan Encik Khalid yang ralit membaca surat khabar di anjung rumah suatu
petang. Dia segera tersenyum panjang.
“Waalaikumussalam.
Lah, Isma rupanya. Ayah ingat siapalah tadi.” Penuh mesra Encik Khalid
menyambut huluran tangan lelaki itu.
“Kamu
dari mana ni? Siap berkot dan bertali leher lagi ni.” Sempat matanya memandang
penampilan kemas lelaki itu.
Sementara
Isma sudah menghempas lembut tubuhnya ke kerusi rotan berdepan Encik Khalid.
Tangannya pula sudah meletak surat khabar yang dibaca sejak tadi di atas meja
sisi.
“Dari
mana lagi ayah kalau bukan dari pejabat. Dah lama rasanya Is tak datang ke
sini. Itulah yang Is singgah sekejap lepas selesai buat kerja kat pejabat tu,”
ujar Isma menjawab hormat.
“Hah
Is, bila kamu sampai? Dah lama rasanya mak tak tengok batang hidung kamu tu,”
tegur Puan Khadijah tiba-tiba melangkah keluar dari rumah.
Dia
berada di ruang tamu rumah ketika lelaki itu tiba sebentar tadi. Segera Isma
mendapatkannya.
“Baru
saja Is sampai mak. Is mintak maaf sebab dah lama Is tak datang menjenguk mak
dan ayah. Is sibuk sikit kebelakangan ni. Banyak kerja yang perlu Is selesaikan
kat pejabat tu. Ini pun kebetulan Is dapat balik awal sikit hari ni. Itulah
yang Is terus singgah ke sini,” ucap Isma kembali melabuhkan punggungnya di
sofa.
“Duduk-duduk
dululah ya Is. Mak ke dalam sebentar buatkan air untuk kamu,” ujar Puan
Khadijah menghilang semula ke dalam rumah. Meninggalkan suaminya dan Isma di
anjung rumah.
“Macam
mana dengan keadaan ayah sekarang? Ayah sihat?” Isma terus membuka bicara
antara mereka. Wajah tenang Encik Khalid dipandang lama.
“Alhamdulillah,
ayah macam biasa aje Is. Kamu tu, sihat ke tidak? Pucat semacam aje ayah tengok
muka kamu tu.” Ayah mentuanya menatap seketika wajah letihnya.
“Is
sihat ayah. Cuma sehari dua ni Is demam sikit tapi dah baik lepas mama bagi
makan ubat semalam,” beritahu Isma.
“Awal
ayah balik dari firma. Selalunya dah hampir tengah malam baru ayah balik rumah.
Kadang-kadang aje baru ayah dapat peluang balik awal.” Isma bersuara lagi.
Lebih kepada meluah pertanyaan. Encik Khalid tersenyum panjang.
“Alhamdulillah.
Sejak Damia bantu ayah kendalikan firma guaman ayah tu, kerja ayah taklah
sebanyak dulu lagi. Senang cakap kurang sikitlah sibuk ayah kat firma tu dari
dulu,” balas Encik Khalid.
“Damia?
Siapa pulak Damia tu ayah?” tanya Isma, hairan dengan jawapan ayah mentuanya.
Seingat
Isma, dia tidak pernah mendengar nama itu meluncur keluar dari mulut lelaki itu
sebelum ini. Senyuman Encik Khalid menjadi lebih lebar.
“Damia
tu sepupu pada Kamilia, anak kepada arwah adik dan adik ipar mak. Dia tu anak
mak dan ayah jugaklah sebab dia menyusu dengan mak masa kecil dulu. Dia baru
saja balik dari Kanada bulan lepas,” sampuk Puan Khadijah.
Wanita
itu telah kembali ke ruang anjung bersama sedulang minuman. Diletaknya di meja
berdepan kedua-dua lelaki itu.
“Damia
tu sebaya umurnya dengan arwah isteri kamu. Mak ayah dia dah lama meninggal
dunia. Sejak kecil dia tinggal dengan nenek kamu kat kampung tu. Lepas saja dia
tamat tingkatan lima, dia dapat tawaran sambung pelajaran ke luar negara dan
terus bekerja kat sana beberapa tahun lepas habis belajar.
Dia
balik ke sini pun sebab ayah kamu yang mintak dia tolong ayah kamu kendalikan
firma tu. Kamu memanglah tak pernah jumpa dengan dia sebab masa kamu kahwin
dengan arwah Kamilia dulu pun dia tak balik.
Kalau
tak silap mak, dia tak dapat balik sebab waktu tu dia ada peperiksaan. Lagipun
dia memang tak pernah balik ke sini sejak duduk di sana sampailah kami suruh
dia balik ke sini bulan lepas,” terang Puan Khadijah panjang lebar.
Isma
mengangguk faham. Dicicip airnya sedikit setelah membaca Bismillah. Begitu juga
dengan kedua-dua mentuanya. Turut sama menikmati minuman petang itu.
“Is,
kalau mak tanya sesuatu, kamu jangan marah ya?” Puan Khadijah bersuara semula
selepas itu. Wajah tenang bekas menantunya ditatap sekejap.
Isma
tersenyum panjang.
“Mak
ni, kenapa pulak Is nak marah kat mak? Mak nak tanya apa?” soalnya lembut.
Puan
Khadijah terdiam sejenak sebelum kembali bersuara.
“Dah
hampir lapan tahun arwah Kamilia pergi tinggalkan kita semua. Tapi kenapa
sampai sekarang kamu masih lagi bersendiri Is? Tak terfikirkah kamu untuk
mencari pengganti Kamilia?”
Pertanyaan
itu mengunci bibir Isma serta-merta. Langsung dia tidak duga soalan itu yang
akan diberi padanya. Agak lama juga dia berdiam diri sebelum menyahut
lambat-lambat.
“Sebenarnya
mak, Is belum pernah terfikir untuk berkahwin buat kali kedua. Is masih
sayangkan arwah Kamilia. Is masih tak mampu melupakan anak mak tu walaupun
perkahwinan kami hanya baru berusia beberapa bulan sewaktu pemergiannya.”
Perlahan saja nada suara Isma.
Kepalanya
pula ditundukkan sedikit. Tidak mahu riak muramnya dilihat kedua-dua pasang
mata tua itu. Bimbang keadaan itu mampu menghadirkan rasa sayu di hati mereka
sebagaimana yang ada di hatinya kala ini.
Encik
Khalid melepas nafas panjang. Wajah suram bekas menantunya ditatap lama.
“Tak
guna kamu mengingati orang yang dah lama pergi Is. Seribu tahun sekalipun kamu
tunggu dia, mustahil untuk dia kembali lagi. Dia dah menjadi sejarah dalam
hidup kita semua. Kita yang masih bernafas di bumi fana inilah yang perlu
fikirkan tentang masa depan yang kita sendiri tidak tahu di mana penamatnya.”
Biarpun
lembut namun nadanya tetap tegas. Mengalun penuh nasihat. Menjadikan Isma tidak
lagi mampu meluah sebarang kata. Terkedu jadinya dia dek kebenaran kata-kata si
ayah. Tidak berdaya dirinya melawan kata-kata yang penuh dengan makna mendalam
itu.
“Sudahlah,
jangan diungkit lagi perkara yang dah lepas tu. Apapun, semuanya dah berlaku.
Terimalah segalanya dengan redha. Is, kamu makan malam kat sini ya? Bolehlah
berbual dengan Abang Zairi kamu bila dia balik nanti.”
Encik
Khalid kembali membuang suara. Tidak mahu hati lelaki itu terus-terusan
dihambat sayu sebagaimana yang dirasakan mereka sekeluarga selama ini.
“Memang
itupun niat Is datang ke sini ayah. Is nak jumpa dengan Abang Zairi. Dah lama
rasanya Is tak berbual-bual panjang dengan dia,” sambut Isma, segera
menghabiskan minumannya.
“Kalau
macam tu kamu tunggu sebentar ya. Mak siapkan makan malam kita sekarang. Kalau
kamu nak mandi, tualanya ada dalam bilik tidur kamu di tingkat atas tu.
Pergilah tukar pakaian dan Solat Maghrib dulu,” suruh Puan Khadijah terus
bangun melangkah ke dalam rumah bersama dulang dan cawan-cawan kosong.
“Betul
kata mak kamu tu. Pergi mandi dulu Is. Nanti bolehlah kita Solat Maghrib
bersama. Lepas solat kita makan malam pulak,” celah Encik Khalid pula.
Isma
terus saja mengangguk. Akur dengan kata-kata berupa arahan tidak rasmi lelaki
itu.
No comments:
Post a Comment