Apabila Umar bin Khattab menggantikan
Abu Bakar, timbullah kecelaruan mengenai gelaran yang akan dipakainya. Abu
Bakar dipanggil “Khalifatu Rasulillah” yakni Pengganti Rasulullah. Pada mulanya
Umar juga dipanggil “Khalifatu Khalifati Rasulullah” yakni Pengganti
Penggantinya Rasulullah. Gelaran tersebut susah untuk diucapkan dan sering
tersasul orang yang mengucapkannya, di samping terlalu panjang. Maka akhirnya
Umar bin Khattab dipanggil Amirul Mukminin.
“Apakah aku ini Raja atau Khalifah?”
tanya Umar suatu hari setelah menjadi khalifah.
“Jika engkau menerima satu dirham dari
milik kaum Muslimin atau kurang daripada itu, kemudian diletakkan pada yang
bukan haknya, maka engkau adalah Raja dan
bukannya Khalifah,” kata Salman. Lalu kata-kata itu dijadikan pelajaran
oleh Umar.
Sufyan bin Abil Arja menceritakan
bahawa pada suatu hari Umar berkata,
“Demi Allah, aku tidak tahu sama ada
aku ini Khalifah atau Raja? Jika aku seorang raja, maka ini adalah satu
malapetaka,”
“Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya
di antara kedua-dua itu ada perbezaan,” kata orang yang hadir.
“Apa bezanya?” tanya Umar.
“Khalifah tidak mengambil kecuali
dengan hak, dan meletakkannya pada perkara yang hak pula. adapun engkau,
Alhamdulillah engaku adalah seperti itu. adapun Raja menipu manusia dan
mengambil dari ini lalu diberikan kepada itu,” mendengar itu Umar pun diam.
No comments:
Post a Comment