Seringkali berlaku dalam hidup, kita
terpaksa memilih antara satu daripada dua atau lebih dari itu… bukan semua
tetapi hampir setiap perkara kita perlu memilih… dan pastinya akan terjadi
‘pelepasan’ atau disebut sebagai kos lepas dalam istilah ekonomi apabila
pilihan telah dilakukan… memang sukar untuk membuat keputusan yang tepat apatah
lagi jika kita mempunyai rasa untuk memiliki kesemua pilihan…
Bagaimana pun, kita perlu sedar…
setiap manusia tidak mampu memiliki segala-galanya tanpa membuat sebarang
pilihan yang dirasakan tepat pada tempatnya… dari sebesar-besar perkara hinggalah
sekecil-kecilnya, setiap kita tetap juga perlu membuat pilihan… waima ingin
memakan gula-gula juga kadang-kadang memerlukan kita memilih jenis dan bentuk
apatah lagi rasanya… pendek kata kita tidak mampu lari dari membuat sebarang
pilihan dalam apa jua perkara yang kita lakukan…
Sesuatu yang perlu kita tahu, dalam
memilih pilihan terbaik, kita sesekali tak seharusnya terlupa untuk meminta
pertolongan… hmm… pertolongan apa ya? Dan di mana harus kita dapatkan
pertolongan itu? Hah… mana lagi tempat untuk kita meminta pertolongan kalau
bukan dari Dia yang Satu kerana hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik
untuk kita…
Seringkali kita terlupa pada Dia bila
membuat sesuatu keputusan sedangkan Dia tidak pernah terlupa untuk menunggu
kita memohon dariNya… kerana itulah seringkali juga kita melakukan kesalahan
dalam mengejar impian sendiri… kita lebih rela mengikut gerak hati dan
pandangan mata kasar sendiri dari meminta pendapat dariNya… malu? Rasanya tidak
tapi lebih kepada malas dan kurang percaya… betul tak? Malas tepat sekali tapi
kurang percaya atau lebih tepat, kurang yakin adalah jawapan yang saya jangka
paling utama…
Sebagai manusia yang disertakan nafsu
dan rasa tidak sabar, kita selalunya lebih suka untuk mendapat sesuatu dalam
jangka masa yang cepat namun terbaik sedangkan kita terlupa… untuk mendapat
yang terbaik, kita harus menempuh pelbagai onak dan duri terlebih dulu… kerana
apa? Kerana hanya dengan cara itu kita akan menghargai apa yang kita ada…
Contohnya soal jodoh… di masa kini
manusia lebih gemar memilih jodoh berdasarkan pandangan mata kasar dan rasa
hati sendiri… agama? Adab sopan? Itu jatuh ke tangga yang berikutnya… cantik di
mata maka cantiklah di hati sedangkan kita terlupa… cantik itu tak semestinya
membawa bahagia… malah lebih banyak derita jika tersalah arah… kerana itu Islam
amat mementingkan kesederhanaan dalam semua perkara… hanya perlu berlebihan
dalam takwa dan iman kepada Allah yang Satu… kerana apa? Sebabnya mudah saja…
bila kita bertakwa dan beriman padaNya dengan sepenuh hati, maka kita akan
terima apa saja yang datang dalam hidup kita dengan penuh redha… tak kisahlah
pasangan kita hitam legam, gemuk, pendek, rumah kita kecil atau anak kita
kurang upaya, kita terima segalanya dengan hati tenang lagi tabah… tapi berapa
kerat sangat manusia dalam dunia sekarang mampu mencapai tahap takwa sebegini
sekali? Sukar didapati bukan…hmm…
Memang manusia diberi akal fikiran
untuk membantu membuat pilihan tapi kita juga harus sedar… itu hanyalah
sampingan… tempat sebenar untuk kita memohon pertolongan hanyalah dari Dia yang
Berkuasa… kerana Dia kita berada di dunia ini… Dia yang menetapkan segalanya
dalam hidup kita… kita diberi peluang untuk membuat pilihan kerana Dia mahu
menguji kita sama ada kita mengunakan akal anugerahNya dengan cara terbaik atau
sebaliknya… andai pilihan kita tepat, bermakna kita telah berjaya
menggunakannya dengan cara yang benar… jika salah sekalipun usah risau kerana
itu tidak menjamin kita telah melakukan dosa kerana dari kesalahan itu kita
akan belajar untuk tidak mengulanginya lagi di masa depan… bukan saja hanya
dalam satu perkara bahkan dalam setiap perkara lain juga kita akan berhati-hati
melakukannya di lain kali… jika tidak, tidaklah ada pepatah mengatakan bahawa
pengalaman adalah guru terbaik buat seseorang dalam mencari kejayaan…
Sebenarnya, apa juga pilihan yang kita
lakukan haruslah bersandarkan kepada Dia yang Maha Berkuasa… tak kiralah apapun
pilihan yang kita buat, semuanya memberi kesan pada masa depan kita sendiri…
jika tepat, itu adalah rezeki kita dan kita harus bersyukur kepadaNya kerana
memberi ketepatan pada kita… jika salah sekalipun, kita tetap juga perlu
bersyukur kerana itu tandanya Dia amat menyayangi kita… kenapa begitu? Kerana
Dia memberi peluang kepada kita untuk memohon buat kedua kalinya pada Dia hanya
untuk perkara yang sama… tak mengerti? Mudah saja… contohnya, jika kita telah
tersalah dalam memilih pasangan hidup buat kali pertama, maka kita akan memohon
buat kali kedua kepadaNya dengan harapan pilihan kali kedua ini adalah yang
lebih baik atau yang terbaik untuk diri kita… bermakna Dia menyayangi kita
kerana sudi mendengar permohonan kita dua kali berturut-turut hanya untuk satu
perkara yang sama… itu hanya satu perkara… bagaimana pula dengan
perkara-perkara yang lain? Sudah tentu keadaannya pun sama juga bukan?
Jadi jangan malu, jangan malas dan
jangan tidak yakin untuk memohon pertolongan dariNya… buatlah pilihan dengan
gerak hati yang ikhlas, akal fikiran yang waras dan mohonlah petunjuk dari Dia…
pasti pilihan yang kita lakukan itu tidak akan mengecewakan kita di depan hari…
salam sayang buat semua…
No comments:
Post a Comment