Yes! hari yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya... tak sabar rasanya nak jejakkan kaki ke kampung walau baru bulan lepas saya pulang ke sana... memang jauh tapi demi mak dan bapa perjalanan jauh itu pun rasa seperti sejengkal saja... letih? sangat... tapi hilang semua tu bila sampai saja di sana...alah, bukan saya seorang saja malah jutaan manusia lain pun merasakan perkara yang sama... tambahan pula hanya tinggal sehari dua saja lagi kita nak sambut hari lebaran...
Tunggang-langgang jadinya saya nak menyiapkan segala kerja demi mengejar masa untuk pulang ke kampung... bukannya apa, di kampung nanti pasti banyak lagi kerja-kerja rumah yang menanti... semalam pun anak-anak jiran sudah mula menghantar mesej di facebook dan telefon bertanya bila lagi saya akan pulang... hmmm.. itu tandanya banyak sungguhlah kerja yang menanti di rumah mak bapa tu...
Macam biasa... menukar langsir, membuat kuih raya, mengemas rumah bahkan menyediakan juadah hari raya juga adalah kerja-kerja wajib yang aku dan adik beradik lakukan sebelum hari raya menjelang... mungkin pada orang lain orang tua boleh lakukannya sebelum anak-anak yang tinggal jauh pulang tapi tidak pada kami adik-beradik... selalunya yang sudah berkahwin akan menyediakan resepi dan bahan untuk sajian para tetamu... bukan saja untuk hari raya malah jika seminggu kami di kampung, maka seminggu jugalah kami akan sediakan segalanya tanpa perlu meminta mak dan bapa mengeluarkan belanja... manakala yang bujang pula akan sediakan baju raya buat mak bapa, kuih muih dan lain-lain persiapan... sebab itulah mak dan bapa tidak pernah membuat baju raya sendiri... anak-anak sudah sediakan segalanya...
saya masih ingat masa kami kecil-kecil dulu... setiap kali hari raya, pasti bapa tak mampu membelikan kami baju raya walau hanya sepasang seorang... tapi syukurlah kami lahir sbagai anak-anak yang tak pernah kenal erti memprotes malah mengerti dengan kesusahan hidup... kami adik beradik hanya pakai apa yang ada... malah cukup gembira walau hanya diberikan selipar jepun sebagai kasut raya...
Tapi itu kisah dulu dan sekarang, mak dan bapa pula yang tak menang tangan memilih baju yang anak-anak hadiahkan pada mereka saban tahun... apatah lagi adik beradik perempuan saya gemar berfesyen dan adik perempuan bongsu merupakan tukang jahit, memang letih jadinya mak dan bapa nak mengayakan pakaian di hari raya... itu belum dikira tentang kuih muih... paling sedikit dihidang pun 22 jenis kuih hingga jiran tetangga yang datang tidak tahu mana satu yang harus di rasa terlebih dulu...
mungkin pada orang kami sekeluarga seakan membazir tapi itulah caranya untuk kami adik beradik membalas jasa mak dan bapa... apa saja kelengkapan rumah mereka, pasti kami akan cuba penuhi setakat mana yang kami mampu walau mak dan bapa tidak pernah minta apa-apa dari kami...
pagi raya, saya dan kakak serta adik beradik perempuan memang sibuk di dapur... mak awal-awal lagi kami sudah tolak ke ruang depan bagi menyambut kedatangan tetamu... adik beradik lelaki pula akan membantu apa yang patut... jika ada jiran yang datang, saya pasti akan ke depan tapi jika yang datang adalah kawan-kawan abang atau lelaki yang saya tak kenal, memang adik beradik lelakilah yang akan mengambil alih...
Kalau tak ramai tetamu, selalunya saya dan adik-adik mengambil peluang menjenguk ke rumah jiran buat sejam dua sebelum bergilir dengan kakak di dapur... memang itu rutin yang berlaku di rumah kami pada setiap hari raya... dari pagi dibawa ke malam, itu jugalah yang kami sekeluarga lakukan pun dan bertambah ganda jadinya bila ada sanak saudara yang datang berkunjung bukan sekadar seorang dua tapi dua tiga keluarga skaligus... letih memang menyeronokkan... malah saya rasa, semua orang turut merasakan perkara yang sama bukan? apapun salam lebaran buat semua... jom, balik kampung ramai-ramai...
No comments:
Post a Comment