Tuesday, August 07, 2012

Senyum jelah...(3)


Makhluk berpakaian putih?


Saud dan Muluk baru je bangun tidur selepas selesai menapak khemah semalam......
Muluk: waaahh... bestnya la tidur.. sejuk giler.. lapar la pulak..

 Saud: kau ni tengahari dah bising.. kalu lapar makan je la megi tu.. aku nak sambung tidur pun boleh!
 Muluk: ko ni tido je.. tolong aku wat megi ni kalu ko nak makan..

 sampah megi tu Muluk campak kat sebatang pokok pisang tua tuh..
 Saud: Muluk!! ambil balik!.. atok aku kata pokok pisang tua ade penunggu!!!

 Muluk: (ejek) warghhh.. takutnya aku..
 lalu Muluk campak sisa2 makanan semalam kat pohon tu..

Saud: tidak!!! abis lah!!
 Muluk: huahahahaha..

 tiba2 datang  5 lembaga putih mengelilingi mereka..
 Muluk menggeletar sampai melutut..

 Muluk: ampun nenek moyang!! cucu janji tak kacau lagi.. cucu tak cakap besar lagi.. cucu bersihkan balik!!!
 Lembaga: kepala hangguk ko nenek.. dah dah, ikut kami ke balai.. time bulan puasa yg mulia ni pun kamu makan terang-terang  gini ye..

kuang3.. orang pakai jubah dengan kopiah rupanya...

Senyum bulan puasa

Seorang pendengar Radio Sempoi FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio..

Pendengar : Hello radio sempoi fm ke tu?

Penyiar : iye ye..betul..dengan siapa saya bercakap ni?

Pendengar : Saya Jep dari Kg Laut, boleh request tak ?

Penyiar : Ya..Boleh...Boleh.. Encik Jep mahu request apa tu?

Pendengar : Blh ke tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar sgt nih...

Note :
Aku harap pendengar yang menelefon DJ itu daripada kalangan mereka2 yang belum baligh. 

Lemah bahasa Inggeris



Seorang pelajar menyerahkan buku latihan bahasa Inggeris kepada ayahnya.
Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat budak-budak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012