Tuesday, August 07, 2012

Tukar makan roti putih kepada roti gandum penuh


Putih berseri tapi tanpa nutrien


Terdapat banyak kajian terbaru yang diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan membuktikan bahawa pemakanan roti putih secara banyak atau berterusan boleh mendatangkan kanser. 

Satu kajian mendapati individu yang memakan roti pound putih sebanyak 5 keping sehari mempunyai risiko dua kali ganda mendapat kanser buah pinggang dari individu yang hanya memakan sekeping roti. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kaitan antara gaya hidup dan penyakit. 

Kenapa pengidap penyakit kencing manis dilarang memakan roti putih?

Pemakanan roti putih yang banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula yang banyak di dalam darah (ia dipanggil makanan indeks glikemik yang tinggi). Untuk menangani masalah ini, tubuh secara automatik akan menghasilkan hormon insulin yang banyak untuk meneutralkan gula di dalam darah.  Hasilnya proses perubahan biokimia ini mendatangkan kesan yang memudahkan penghasilan sel-sel kanser di dalam tubuh.


Ada banyak lagi kajian yang menunjukan makanan indeks glikamik tinggi (High Glycaemic Index Food - GI) mempunyai kaitan yang rapat dengan kanser. Ia sudah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa seperti International Journal of Cancer. 

Berdasarkan maklumat daripada majalah i-sihat. Antara sebab roti putih mesti dihindari ialah :

1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.

Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.

2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. [ ternyata ia tidak baik untuk mereka yang mengamalkan diet]

3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak.

Roti Altenatif

Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh (wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach".
Antara kelebihan roti ini ialah kaya dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.

Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Amat sesuai kepada mereka yang mengamalkan diet sihat. Roti gandum penuh ini juga dianggap salah satu 'superfood' yang mesti dimanfaatkan untuk kesihatan.
roti gandum penuh keluaran High 5

Roti gandum penuh ini juga dikeluarkan oleh Gardenia dan High 5 dan boleh didapati di pasaraya. Harganya lebih mahal daripada roti putih. Biarkan mahal sedikit asalkan kita dan keluarga tidak berdepan dengan musibah penyakit kronik satu hari nanti.
Keluaran Gardenia

Roti ini agak kasar dan berwarna perang. Mungkin mula-mula pengambilan roti ini rasa tidak sedap dan sukar ditelan.  Kanak-kanak sukar untuk memakannya kerana dah biasa makan roti putih yang lembut dan ‘berseri’ dengan zero nutrien. Jangan fikirkan sedap no 1. Ubah kepada sihat sebagai keutamaan.

Namun demikian diingatkan bahawa kandungan roti gandum penuh ini tidak dijamin 100% baik dan tulen kerana semua makanan yang diproses tidak dapat dielakkan daripada dicampur dengan bahan kimia atau pengawet. Tetapi roti ini dijamin bukan roti yang telah ‘DIKLOROKKAN’ sehingga menjadi putih. Wallahu A’lam.

Rujukan :
Majalah i-sihat
Blog secret medicines
Blog Muslim comsumer

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012