Sunday, August 26, 2012

Tips untuk 'blind date'


Assalammualaikum semua...
Dah masuk hari Isnin rupanya hari ni ya... hmm... ada banyak perkara yang saya nak coretkan di sini tapi sebelum tu, saya nak berikan tips untuk menghadiri 'blind date' buat seorang teman yang sejak awal pagi sudah menghantar mesej meminta bantuan... dan ini adalah antara tips yang saya dapat dari sebuah majalah yang kebetulan saya baca ketika ke rumah terbuka seorang kawan...

1. Dapatkan maklumat selengkapnya tentang calon pasangan.. Misalnya kalau anda tahu dia suka makan ayam goreng, maka bolehlah anda mengajaknya singgah ke mana-mana restoran yang menyediakan hidangan kegemarannya.. tidaklah nanti dia termangu-mangu bila dipelawa makan nasi kandar sedangkan dia tidak menyukainya...

2. Tanyakan pada siapa yang memperkenalkan 'blind date' anda itu tentang orang yang diperkenalkannya... jika dia tidak boleh menjawab dalam masa 1 minit, batalkan saja. orang yang kenal pun susah nak dibaca isi hatinya, apalagi orang yang sangat TIDAK dikenali!

3. Cubalah dulu menghubungi bakal pasangan anda melalui telefon. Dengan ini anda boleh mengenali suaranya hinggakan tirai misteri mulai tersingkap sedikit demi sedikit. 

4. Bawa teman kalau gugup. Tak apa kalau anda tidak kelihatan yakin diri buat seketika. Yang penting, percakapan mesti lancar dengan adanya teman anda itu. 

5. Jangan bri kesan negatif. Misalnya, belum apa-apa sudah bertegang leher tentang sesuatu topik. keadaan ini petandanya tidak baik pada hubungan seterusnya.
6. Pakailah pakaian yang selesa. Tidak perlu formal, sebaiknya pilihlah yang santai. 

7. Agar pertemuan berjalan lancar, pilihlah waktu siang untuk bertemu. Anda tidak akan terburu-buru tetapi jangan berlama-lama kerana masing-masing perlu ke tmpat kerja. Atau lebih baik pilih hari cuti. 

8. Bersikap manis kerana perasaan setiap orang itu sukar diukur. Biar pun ternyata anda tidak menyukainya, teruskan bermanis muka hingga tamat sesi pertemuan anda. 

So, pada sesiapa yang ingin menghadiri 'blind date' ni, cuba-cubalah mempratikkan tips2 di atas ni ya... apapun, jadilah diri sendiri dan mulakan dengan doa... Insya Allah, segalanya akan berjalan lancar seperti mana yang anda inginkan... selamat berkenalan ya...

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012