Thursday, September 27, 2012

Hukum solat Jumaat


1.         Apakah hukum solat Jumaat?
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

2. Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?
Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:
Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.
Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut mencukupi.


3.         Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?
Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.


4.      Adakah yang bertugas sebagai polis, bomba dan tentera dikira uzur dari menunaikan solat jumaat?

Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:
1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid
2) Sakit
3) Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara
4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid
5) Tertidur
6) Pengsan
7) Gila
8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara
Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.

5.         Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?
Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.

6.         Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?
Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang.

7.         Yang mana wajib didahulukan, mengerjakan solat Juma'at atau menguruskan jenazah?
Solat Jumaat wajib dikerjakan dalam keadaan berjemaah dalam waktu tertentu. Sedangkan uruskan jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu terburu-buru, asal tidak dilengahkan. Maka wajib mendahulukan solat Jumaat daripada menguruskan jenazah.

8.         Adakah dalil yang menyatakan tentang solat sunat qabliyyah dan ba'diyyah Jumaat?

Sesungguhnya memang tiada nas yang khusus didalam Al-Qur'an mahupun Hadith untuk solat qabliyyah atau ba'diyyah Jumaat. Para ulama' yang mengatakan qabliyyah dan ba'diyyah Solat Jumaat adalah sunat telah qiyas kan ia dengan qabliyyah dan ba'diyyah Solat Zohor. Ini kerana solat Jumaat sebenarnya mengambil tempat solat fardhu Zohor.

9.         Apakah tujuan azan kedua berkumandang pada solat Jumaat?
Azan kedua yang berkumandang pada solat Jumaat mempunyai tujuan yang sama dengan azan yang pertama. Bezanya adalah untuk menunjukkan kepada jemaah bahawa khutbah akan bermula dan solat akan mula selepasnya.

10.       Apakah Shalat Jum’at Memiliki Shalat Sunnat Qabliyah?
Tidak pernah ditetapkan bagi shalat Jum’at shalat sunnat qabliyah tertentu. Sedangkan shalat tathawwu mutlak, maka sudah ada dalil yang menunjukkan hal tersebut
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda.
“Barangsiapa mandi kemudian dia menghadiri shalat Jum’at, lalu mengerjakan shalat yang telah ditetapkan baginya, selanjutnya dia diam sehingga imam selesai dari khutbahnya dan kemudian dia mengerjakan shalat bersamanya, maka akan diberikan ampunan baginya atas dosa antara satu jum’at itu dengan jum’at yang lain dan ditambah tiga hari” 
Dan sebuah riwayat dari Abu Dawud
“Barangsiapa mandi hari jum’at dan memakai pakaian yang terbaik serta memakai wangi-wangian jika ia memilikinya, kemudian ia menghadiri shalat Jum’at, dan tidak juga melangkahi leher (barisan) orang-orang, lalu dia mengerjakan shalat yang telah ditetapkan baginya, selanjutnya diam jika imam telah keluar (menuju ke mimbar) sampai selesai dari shalatnya, maka ia akan menjadi kaffarah baginya atas apa yang terjadi antara hari itu dengan hari Jum’at sebelumnya”
Dia menceritakan, Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Dan ditambah tiga hari”. Dia juga mengatakan :”Sesungguhnya (balasan) kebaikan itu sepuluh kali lipatnya”
Shalat Sunnah Ba’diyah Jum’at
Telah disampaikan sebelumnya hadits Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, yang di dalamnya disebutkan : “Dan dua rakaat setelah Jum’at di rumahnya” 
Dan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia bercerita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Apabila salah seorang di antara kalian mengerjakan shalat Jum’at, maka hendaklah dia mengerjakan shalat empat raka’at setelahnya”. Diriwayatkan oleh Muslim.
Dan dalam sebuah riwayat disebutkan
“Barangsiapa di antara kalian akan mengerjakan shalat setelah shalat Jum’at, maka hendaklah dia mengerjakan empat rakaat”
Sunnat shalat ini –baik dikerjakan dua rakaat ataupun empat rakaat- lebih baik dikerjakan di rumah secara mutlak tanpa adanya pembedaan di dalam mengerjakannya.

11.        Jika Masuk Masjid Sedang Imam Tengah Memberi Khutbah Jum’at
Jika seorang muslim masuk masjid sedang imam tengah menyampaikan khutbah Jum’at, maka hendaklah dia tidak duduk sehingga mengerjakan shalat tahiyyatul masjid dua rakaat seraya meringankannya. Yang demikian itu didasarkan pada dalil berikut ini.
Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan : “Sulaik Al-Ghathfani pernah datang pada hari Jum’at ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tengah menyampaikan khutbah, lalu dia duduk, maka beliau berkata kepadanya : ‘Wahai Sulaik, berdiri dan kerjakanlah shalat dua raka’at dan bersegera dalam mengerjakannya’. Kemudian beliau bersabda.
“Jika salah seorang diantara kalian datang pada hari Jum’at sedang imam tengah berkhutbah maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua raka’at dan hendaklah dia bersegera dalam mengerjakan keduanya” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani]
[Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i].

sumber : Halaqah.net

23 comments:

  1. Yang menyatakan “kafir” bila meninggalkan tiga kali Shalat Jum’at berturut-turut itu bukan Rasulullah S.A.W, melainkan salah seorang sahabat dekat beliau, yaitu Ibnu ‘Abbas r.a.: “Barangsiapa meninggalkan tiga kali shalat Jum’at berturut-turut, sungguh dia telah mencampakkan Islam ke belakang punggungnya (kafir).” (HR Abu Ya’la, dishahihkan oleh al-Albani dalam Shahiih at-Targhiib No. 732)

    http://alifkingdom.blogspot.com/2012/06/hukum-meninggalkan-shalat-jumat-3x.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis tu kan dari rasulullah...klau ia bukan dari rasulullah maka hadis itu akan menjadi palsu
      ..

      Delete
  2. As Salam. Saya ingin bertanya sekiranya di sesebuah kampung adakalanya ahli jemaah untuk solat Jumaat cukup dan adakalanya tidak cukup apakah yang harus dilakukan oleh imam adakah untuk meneruskan solat Jumaat atau solat Zohor sahaja.

    ReplyDelete
  3. As salam. Kebiasaannya pada setiap pagi Jumaat semasa solat Subuh imam membaca surah Sajadah tetapi ada imam membaca surah Iqra kemudian sujud Sajadah. Adakah ia dibolehkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,boleh,asalkan dalam sesuatu surah tu ada ayat sajadah

      Delete
  4. Salam..sye org jahil nk brtanye..solat zohor ni buat masa bila? Slps solat jumaat ke?(lelaki)

    Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki yg solat jumaat x prlu solat zohor ..sbb solat jumaat dua rakaat itu mggantikn solat zohor...jika slh mohon prbtulkn

      Delete
    2. Lelaki yg solat jumaat x prlu solat zohor ..sbb solat jumaat dua rakaat itu mggantikn solat zohor...jika slh mohon prbtulkn

      Delete
  5. Assalamualaikum,. Ana sikit sgt ilmunya ingin bertanya,. Jika pada saat ingin ke masjid,. Baru pulang dari suatu kerja..terlelap sekejap sehingga terlepas solat jumaat.. Apa hukumnya,. Perlukan penjelasan tuan yg mulia

    ReplyDelete
  6. Salam.. Kalau kita do solat jumaat. Tp kemudian kita kena bermusafir naik kapal terbang ke mana2.. Dlm waktu penerbangan tu kita x kan sempat solat asar. Boleh x kita buat solat jamak qasar solat zuhur dgn asar

    ReplyDelete
  7. Assalam,sy nk tnye, sy tinggal di korea selatan, tempat tinggal sy tiada masjid, n masjid terlalu jauh dr tempat tinggal sy,jd, apakah hukum jika sy tidak menunaikn solat jumaat?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, saya ingin bertanya sesuatu perkara...Bagi lelaki yg telah solat jumaat harus solat zuhur... Seorang pak cik berkata "bila dah solat jumaat wajib solat zuhur kerana zuhur adalah perkara wajib dalam solat 5 waktu... Jadi saya ingin tahu perlukah kita sebagai umat Islam selepas solat jumaat wajib melakukan solat zuhur? Ade orang berkata perlu melakukan solat zuhur dan ada yang berkata tidak perlu melakukan solat zuhur selepas solat jumaat... Sesiapa yang mengetahui ini sila kongsikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya telah solat jumaat tidak perlu solat zohor...solat jumaat tu pengganti kpd solat zohor pd hari jumaat...solat zohor dilakukan bg yg tidak melakukan solat jumaat dgn keadan2 tertentu yg menghalang dia dari melakukan solat jumaat

      Delete
  9. Asslam..jika meninggalkan 3 kali berturut2 dikatakan telah terkeluar dari islam, apa yg harus dilakukan untuk memperbaiki dan menginsafi..

    ReplyDelete
  10. Asslam, saya nak tanya.. ad seorang kawan saya ni dalam keadaan resah sebab terpaksa meninggalkan solat jumaat dan juga solat fardhu oleh sebab die bekerja di suatu restoran di singapore atas dasar training yg kesemuanya orang bukan beragama islam pekerjanya dan tidak dibenarkan solat. Apakah hukumnya? Dan apa sepatutnya dia lakukan?

    ReplyDelete
  11. ANNOYING NYA TULISAN BERGERAK2 NI. MAAF POINT2 PENTING DALAM PENULISAN TERBANTUT UNTUK DIBACA KERANA NAMA GERAK PUSING2 NI. I DONT KNOW WHICH ONE ARE YOU TRYING TO HIGHLIGHT, EITHER YOUR "NAME" OR THE CONTENT ITSELF.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ww. Bolehkan tuan maklumkan dalil dari Al Quran atau Hadis bahawa telah gugur kewajipan zohor setelah melakukan solat Jumaat.Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ww. Bolehkan tuan maklumkan dalil dari Al Quran atau Hadis bahawa telah gugur kewajipan zohor setelah melakukan solat Jumaat.Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  14. Maka telah sesat lah engkau mengatakan solat jumaat menggantikan zuhur. Hanya 5 solat yg wajib. Yg lain sunat. Masa israk mekraj nabi mendapat perintah wajib solat dari 50 ke 5 iaitu zuhur, asar, maghrib, isyak, subuh. Tak dak pun solat jumaat. Secara tiba2 solat jumaat jadi wajib ye. Lu fikir lah sendiri. Sekian.

    ReplyDelete
  15. assalamualikum,apa hukum kalau meninggalkan solat jumaat disebabkan tiada pengangkutan untuk ke masjid?

    ReplyDelete
  16. Muskil....Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?
    Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut. Soalan saya.. darurat sekarang masjid ditutup semua.. boleh kah kita terus Solat Zuhur lepas azan atau tunggu Solat Jumaat berakhir ?? Tolong perjelaskan. Terima kaseh.

    ReplyDelete
  17. sekiranya pandemik berterusan dan masjid hanya mengudarakan azan sahaja....boleh kah kita terus melaksanakan solat zuhur (untuk hari Jumaat)
    selapas azan dikumandangkan?

    ReplyDelete

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012