Wednesday, September 12, 2012

Waktu terluangku....

Dah lama rasanya saya tak mencoret di sini… malas? Buang masa? Letih? Hmm… semua tu adalah alasan saya tapi tak sepenuhnya ya… bukan malas tapi kurang kerajinan untuk menekan-nekan segala butang yang ada di komputer riba… masa pula banyak dihabiskan dengan membaca dan membaca dan juga membaca… tentang apa? Tak lain tak bukan novel-novel terbaru yang baru diterbitkan oleh Grup buku Karangkraf… banyak novel-novel terbarunya yang menarik perhatian saya untuk terus membaca tanpa rasa mahu meninggalkannya walau sekejap…
Tapi itu tak bermakna saya tidak menoleh pada novel-novel keluaran syarikat lain… malah boleh dikatakan ‘galeri buku’ milik peribadi saya lebih banyak berpihak pada novel-novel dari syarikat-syarikat penerbitan yang lain seperti PTS, Karya Seni dan lain-lain yang rasanya terlalu panjang untuk saya paparkan di sini…
Sebenarnya, untuk menjadi seorang yang berilmu, bukan syarikat penerbitan yang gah atau penulis hebat yang perlu dikejar tapi hasil karya yang dihasilkan… tak kiralah sama ada sesebuah syarikat itu terkenal di seantero dunia atau penulis itu merupakan pengarang sanjungan ramai, kesan dari hasil karya terhadap masyarakat itulah yang terpenting dan patut diutamakan… apa saja hasil tulisan tak kiralah untuk cabang ilmu apapun, semuanya akan memberi impak terhadap pembaca-pembaca… sama ada impak itu bersifat positif atau sebaliknya, itulah yang sebenarnya yang perlu dinilai… jika tidak, mana mungkin nabi junjungan kita Rasulullah SAW sangat-sangat mengalakkan umat manusia menggali pengetahuan sebanyak mungkin… namun ilmu yang dicari haruslah yang memberi manfaat dan impak yang baik kepada pembaca… kerana dengan ilmu itulah seseorang individu, masyarakat mahupun negara mampu berubah dari segenap segi…
Hmmm.. bunyinya sama saja seperti orang lain katakan bukan tapi itulah kenyataannya… kerana itu ibubapa atau sesiapa pun yang ingin bahan bacaan buat anak-anak, pilihlah bahan bacaan yang bermutu kerana bahan itulah yang akan mencorakkan tingkah lakunya di depan hari… walau tidak sebanyak mana tapi impaknya tetap kelihatan…
Saya pernah mengajar di sebuah tadika Islam di mana ada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang disogokkan dengan buku-buku yang berkisarkan tentang mahkluk asing dan peperangan… hasilnya, boleh dikatakan saban hari kanak-kanak ini membuli serta bertumbukan dengan rakan-rakannya yang lain hanya kerana menyangka dia adalah wira dunia yang perlu menyelamatkan dunia… kasihan saya melihatnya… hanya di usia 5 tahun fikiran dan sikapnya telah dibentuk sebegitu rupa… puas juga saya memujuknya untuk kembali bertenang setiap kali dia ‘bertukar’ watak… yang menjadi mangsa tentulah rakan-rakan sebaya yang tidak tahu apa-apa…pernah juga saya nasihatkan kedua orang tuanya agar mengubah bahan bacaan tapi bagai menuang air ke daun keladi… usahkan lekat, tinggal bekas tidak juga… anaknya nan seorang itu pula sudah tentulah tak seperti nasi yang telah menjadi bubur… tak mampu diubah sikapnya lagi walau usia baru semuda itu…
Jadi nasihat saya, jangan jadikan kedudukan sesebuah syarikat penerbitan atau kemasyhuran seseorang penulis sebagai tiket untuk kita membaca sesebuah bahan… seelok-eloknya, jika kita sedar bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan bacaan, usah kita cuba-cuba menghampirinya…kelak yang menyesal adalah kita sendiri… carilah bahan yang bermutu agar ilmu yang kita dapati juga adalah bermutu… saya sendiri sehingga kini masih juga cuba-cuba mengelakkan diri dari memenuhkan minda dan dada dengan bahan-bahan yang tidak berfaedah… pada kanak-kanak yang baru bertatih melihat dunia, sudah tentu boleh dimaafkan… bagaimana pula dengan kita yang hampir suku atau separuh abad ini? tepuk dada tanyalah diri sendiri… selamat membaca…

No comments:

Post a Comment

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012