BAB
3
“Kenalkan, ini
Safuan, salah seorang jurutera syarikat kita. Yang ini pula Farid, ketua bagi
Jabatan Perancangan syarikat,” ujar Tengku Azhar memperkenalkan beberapa orang
lagi pekerja kepada Tengku Anuar. Dia menyambut huluran tangan mereka. Mesra.
“Dan yang ini,
Atika. Mulai sekarang Atika akan menjadi setiausaha kamu,” Di unjuk jarinya ke
arah seorang wanita berbaju kurung berwarna biru laut lembut.
“Apa khabar Tengku
Anuar?” Wanita bertudung putih itu tersenyum manis padanya.
Tengku Anuar hanya tersenyum
mengangguk.
“Seperti mana yang
kamu semua ketahui, hari ini merupakan hari pertama Tengku Anuar bertugas di
syarikat ni. Sekaligus menjadi salah seorang dari kakitangan syarikat kita. Saya
berharap semua dapat memberikan kerjasama yang baik kepadanya seperti mana yang
telah kamu berikan kepada syarikat selama ini,” Kata-kata Tengku Azhar di balas
dengan anggukan kepala pekerja-pekerja yang berada di ruang lobi pejabat pagi
itu.
“So Anuar, ada apa-apa yang ingin kamu
perkatakan?” soal Tengku Azhar memandang wajah pemuda itu.
Tengku Anuar
tersenyum sedikit.
“Terima kasih kepada
semua kerana sudi berkumpul di sini pagi ni. Saya harap kita semua akan dapat
bekerjasama seperti sebuah keluarga yang besar dalam syarikat ni. Jika saya ada
melakukan sebarang kesalahan, sudilah kiranya memberi teguran dan tunjuk ajar,”
ujarnya tenang.
“Insya Allah Tengku,”
ujar beberapa pekerja lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ.
Mereka yang lain
hanya menganggukkan kepala.
“Just call me Anuar,” sahut Tengku Anuar
pantas.
Seperti adik
beradiknya yang lain, Tengku Anuar turut kurang senang jika ada sesiapa yang
memanggilnya dengan panggilan Tengku. Baginya, gelaran Tengku itu hanyalah satu
gelaran yang menjadi warisan keluarga mereka yang diperturunkan dari satu
generasi ke generasi berikutnya. Tidak mempunyai makna yang khusus.
“Baiklah Encik
Anuar,” sahut para pekerjanya kembali.
Kali ini dengan menggunakan
panggilan yang sama mereka gunakan pada Tengku Azhar dan Tengku Afzan. Tengku
Anuar tersenyum senang.
“So, kalau tak ada apa-apa lagi kamu
semua boleh kembali ke jabatan masing-masing,” ujar Tengku Azhar sekaligus
menamatkan pertemuan itu.
“Cik Nina, ini dia senarai
nama pelanggan tetap kita yang Cik Nina minta minggu lepas,” Sandra menghulur
sehelai kertas sebaik ternampak Nina menolak pintu pejabat.
“Kalau iya pun San,
bagilah saya duduk dulu,” ujar Nina sedikit bergurau.
Dia yang baru saja
tiba di pejabat pagi itu menarik nafas panjang seraya tersenyum kecil. Dihempas
punggungnya di sofa yang ada di ruang pejabat.
“Maaf Cik Nina,” Sandra
tersengih kecil. Malu dengan sikapnya yang sedikit terburu itu.
“Bagi saya kertas
tu,” ujar Nina setelah beberapa ketika melepas lelah.
Sandra segera
mengunjuk kertas yang diminta. Nina menyambut perlahan.
“Bengkel dah buka
ke?” Tanpa memandang wajah Sandra, Nina menyoal perlahan. Matanya sibuk
meneliti kertas yang berada di tangannya.
“Belum Cik Nina. Bukankah
selalunya bengkel di buka pada pukul sembilan setengah pagi?” ujar Sandra
sedikit hairan. Seingatnya, sepanjang dia bekerja dengan Nina, inilah kali
pertama gadis itu bertanya begitu padanya.
“Sekarang pukul
berapa?” giliran Nina menyoal hairan. Wajah tercengang Sandra direnung sejenak.
“Sekarang baru pukul
sembilan pagi cik Nina,” balas Sandra.
Nina memandang
sekilas jam di tangan. Ditepuk dahinya perlahan. Menggeleng-geleng beberapa
kali.
“Hmm, tak apalah San,
saya masuk dalam dulu,”
Nina bangun mengatur
langkah menuju ke biliknya.
“Oh ya Sand,” Nina
kembali berpaling. “Nanti kalau budak-budak tu dah datang, awak beritahu saya
ya,”
“Budak-budak mana
pula ni Cik Nina?” Sandra menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak ni,
budak-budak mana lagi kalau bukan kawan-kawan awak yang kerja kat bengkel saya tulah,”
sambungnya sedikit mendengus.
Sandra tersengih
kecil.
“Oh, dia orang.
Yalah, Cik Nina,” balasnya tersenyum simpul sebelum kembali menyambung tugasnya.
Nina menolak daun pintu
perlahan. Dilabuh punggungnya di sofa yang ada di bilik itu. Dahinya dipicit
perlahan. Sakit kepala yang dirasainya dek terkena hujan malam tadi dirasakan masih
berbaki. Dialih pandangan ke arah meja di sebelah sofa.
Memandang fail yang
bertimbunan di meja membuatkan kesakitan yang berdenyut di kepala semakin
terasa. Dia mengeluh kecil. Perhatiannya teralih tatkala telefon bimbitnya
menjerit kuat. Nina sedikit tersentak. Di tarik keluar telefon yang terselit di
seluar jeans yang tersarung di tubuh. Dia mengeluh halus tatkala terlihat nama
yang tertera di skrin telefon.
“Hello,
assalammualaikum,” perlahan dia bersuara sesudah butang telefon ditekan.
“Waalaikumusalam. Hai
Nina, kau tengah buat apa tu?” suara Asyikin, sahabat baiknya kedengaran di
hujung talian.
“Tak buat apa pun.
Mimpi apa kau call aku pagi-pagi
begini?” soalnya malas sambil tangan kanannya memicit kepalanya yang terasa
berdenyut-denyut.
“Mana ada aku mimpi
apa-apa pun. Aku nak ajak kau lunch
dengan aku tengah hari nanti. Boleh?”
“Hmm, okey. Kat
mana?”
“Kat mana lagi, kat
tempat biasalah,” balas Asyikin.
“Kita berdua aje
ke?” soalnya agak lemah.
“Isy kau ni, tak bestlah kalau kita berdua aje. Aku dah
ajak Khalidah sekali,”
“Okeylah kalau macam
tu. Jumpa nanti di sana,” balasnya.
Talian diputuskan. Nina
mengeluh perlahan. Telefon bimbit di
tangan diselit semula di celah poket seluar. Dia bangun menuju ke meja kerjanya.
Menarik sebuah fail di atas meja. Tangannya menyelak satu persatu helaiannya.
Mula menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai.
No comments:
Post a Comment