Pernahkah kau orang terasa di hati
tentang sesuatu perkara yang tidak kita ketahui sama ada akan berlaku atau pun
tidak? Hmm… itulah yang berlaku di hati saya sejak beberapa hari ini… pelbagai
persoalan bermain dalam fikiran… patutkah perkara sebegitu berlaku? Adakah perkara
itu akan betul-betul berlaku? Bilakah ianya akan berlaku? Apa yang terjadi
sekiranya ia benar-benar berlaku nanti? Semua soalan ini berputar-putar dalam
fikiran saya di waktu ini…
Sesuatu akan berlaku… bolehlah kita
sebagai manusia meneka sesuatu itu akan berlaku tepat pada masanya? Tentu tidak
bukan. Mustahil kita dapat lakukannya apatah lagi jika ianya melibatkan nyawa
dan hayat seseorang. Kita hanya mampu mengagak, mengagak dan terus mengagak
tapi untuk menunggu hari sebenar berlakunya sesuatu kejadian itu, hati kita
pasti akan terasa sesuatu…itulah yang sedang berlaku di hati saya…
Selalunya bila wujudnya
perasaan-perasaan yang sukar digambarkan, hanya pada Dia yang saya mohon
kepastian… selain memintaNya member ketenangan dari terus gusar memikirkan
sesuatu yang bukan berada dalam bidang kuasa kita…
Sesetengah orang yang bertanya atau
merujuk kepada orang-orang terdahulu yakni orang-orang yang lebih tua dan
berpengalaman… ada juga yang cuba mencarinya dengan cara menyelesaikannya
sendiri tanpa bantuan sesiapa… malah ada juga yang hanya pura-pura tidak merasa
apa-apa walau hati sedang berkocak hebat…
Benar segala kejadian sudah ditentukan
oleh Allah tetapi sebagai manusia, apatah lagi dari umat Nabi Muhammad kekasih
Allah, kita seharusnya sedar… kita punya sesuatu yang begitu ampuh jika kita
benar-benar melakukannya iaitu doa… ya, doa adalah senjata yang paling ampuh
yang dimiliki oleh kaum muslimin muslimat… apa saja doa yang kita pohon pada
Dia yang Satu, pasti Dia mendengar dan menerima… hanya bila masa akan
ditunaikan, hanya Dia yang lebih tahu…
Kadangkala kita hanya berdoa tetapi
tidak yakin padaNya… kita juga sangat-sangat tidak sabar untuk melihat doa kita
ditunaikan sedang kita tidak sedar, kita jarang-jarang mengikut segala
suruhanNya… malah lebih banyak terpesong ke jalan laranganNya… namun Allah itu
Maha Penyayang… Dia tidak pernah membiarkan hamba-hambaNya berasa tidak
disayangi… Dia sentiasa melimpahkan kasih sayangNya pada kita… jika tidak
dengan cara menunaikan doa kita, Dia memberinya dengan cara lain yang dirasakan
lebih sesuai dan lebih baik untuk kita… hanya kita yang tidak pernah mengambil
tahu semua itu…
Jadi buat sesiapa yang punya sesuatu
rasa di hatinya kala ini sebagaimana yang saya rasakan, ingatlah… Allah itu
sentiasa wujud… minta dan mohonlah pada Dia… Insya Allah segala keresahan dan
kegelisahan kita atas sesuatu perkara yang kita jangka bakal wujud pasti akan
hilang… malah bila tiba masanya perkara itu berlaku, kita pasti akan redha
dengan sepenuh hati… kerana hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk
diri kita… percayalah…
No comments:
Post a Comment