Sunday, August 18, 2013

Manipulasi gambar



Menarik betul gambar-gambar ni, unik dan kreatif..Tapi ada juga buruknya kan, for those yang menggunakan kemahiran mereka untuk mereka-reka cerita yang tak betul. kadang-kadang cerita tak betul orang akan anggap betul hanya disebabkan sekeping photo yang telah dimanipulasi.Bestnya kalau terer photoshop, hehehe... (tanduk empat ni,hakhak)









































Interior kereta yang menarik

Nak cuba?










Apa yang menarik sangat tentang gambar ni?





Yang menariknya ialah..ini bukan gambar, tapi... lukisan! ye, lukisan! sangat realistik kan? Lukisan ni ambik masa 65 - 75 jam untuk siap. Di bawah adalah step by step photo yang di ambil sepanjang proses lukisan ni di siapkan :

yang ni lepas 10 jam.. pada peringkat ni, detail belum ditambah lagi, ( tekstur kulit dan rambut) :


Ni pelukisnya, Dru Blair (tengah) :
Terrer betul..

Puasa Keluarga Miskin...


Sebuah kisah lama tapi cukup menginsafkan bagi saya yang hidup walau tak mewah namun sederhana...

Peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: 


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata,

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita..

Ikan Emas - betul-betul ikan emas! -

Menakjubkan..ini baru la betul-betul ikan emas..

Penemuan yang menakjubkan..Ikan emas ni telah dijumpai di laut Taiwan. Ia dipamerkan untuk tontonan orang ramai di Natural's Muzium dekat Taiwan. Para saintist yang mengkaji mendapati sebahagian besar badan ikan ni diselaputi emas seberat 24 carat..keseluruhan badan ikan emas ini berwarna emas





Allahuakbar..kebesaran Ilahi..


Jom putihkan gigi...

Inginkan gigi yang putih berseri? jom kita putihkan gigi dalam enam cara:

1. Arang Kayu
Arang_kayu_copy_ll.jpg

Sebenarnya arang kayu juga sangat berkesan untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namunbahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh kerana itu, anda sebaiknya tidak mencubanya.


2. Lemon dan Garam
image%255B44%255D
Anda boleh memutihkan gigi dengan menggunakan paste yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembutseperti ketika kamu sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat padapermukaan gigi.



3. Kulit Limau
081020093500-large
 Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutihyang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpamembahayakan lapisan enamel gigi.


4. Daun Salam
220px-Syzy_polyan_070404-3398_sbrg
Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup.Kisar helai daun salam tersebut, selepas itu tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigisetiap hari, maka nescaya dalam dua minggu kamu akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.


5. Strawberi
Khasiat+Buah+Strawberi
Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya dengan vitamin C, strawberijuga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih berseri.


6. Sari Epal dan Cuka Putih
apple-juice

Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, keranakedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel.

Saturday, August 17, 2013

Jom jadi penulis...


Berminat menulis novel awal remaja? Lihat di bawah ini...


KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENULIS NOVEL AWAL REMAJA, anda dipelawa untuk menulis dengan kami di Buku Prima. Bagaimana? Berikut disenaraikan panduan untuk anda. Terima kasih. =)

Panduan untuk menulis novel remaja adalah:
1) Langkau 2 baris, Times New Roman, font size 11@12
2) Muka surat 150-250 helai (bercetak hanya di depan sahaja)
3) Sekurang-kurangnya bab antara 15-20 bab
4) Diskripsi ilustrasi perlu diberikan bagi setiap bab. Sekurang-kurangnya 1 atau 2 diskripsi untuk sesebuah bab.
5) Jalan cerita yang berkisarkan remaja yang berumur antara 12-17 tahun.
6) Cintan-cintun amatlah digalakkan tapi hanya kepada pelajaran, hobi (DIY), sukan, aktiviti yang menarik seperti berkawad, cheerleading dll. Boleh masukkan unsur cinta remaja tapi tidak keterlaluan sehingga pegang2 tangan, duduk rapat2, dll.
7) Elakkan cerita yang berunsur tahyul/mistik (tapi genre seram/misteri/fantasi dialu-alukan) dan cerita berkenaan kepahlawanan/kependekaran/sejarah/dll yang dirasakan kurang best
8) Semestinya, novel itu mestilah mempunyai nilai-nilai murni (cth mcm iklan adlin aman ramli kat dalam lrt tu...hehe) dan mampu memberi moral/pengajaran kepada pembaca remaja.
9) Laras bahasa perlu selari dengan audiens kerana ada sesetengah penulis yang sudah terbiasa menulis dengan laras bahasa yang tinggi. Maka, perlu direndahkan sedikit@disantaikan lagi.
10) Jangan lupa, sertakan sinopsis panjang (keseluruhan cerita) dan sinopsis pendek untuk blurb.
11) Oleh kerana, kami selalu berkompromi dengan penulis, maka kami mohon supaya penulis berikan juga cadangan tajuk (yang catchy sahaja) dan cadangan diskripsi cover buku (jika bersesuaian, kita akan ikut..jika sebaliknya, terpulang kepada designer)

Inilah diriku...

Entah mimpi apa saya pagi ini... usai solat subuh saja terasa nak membuka blog yang jarang-jarang dijengah...sekadar membuka, tidak ada rasa untuk menambah baikkan blog yang sedia usang ini... penulis-penulis lain sentiasa meletakkan mewar-warkan perkembanga terkini mereka pada semua... lain pula pada saya... lebih suka menyimpan kehidupan peribadi dengan orang-orang terdekat sahaja...
Ada yang pernah bertanya, apa sebenarnya yang saya lakukan dalam hidup? buat seketika saya buntu untuk memberi jawapan... saya tak pasti sama untuk berterus terang atau lebih baik mendiamkan diri... tapi di hati, saya hanya menjawab, tak kiralah apa pun saya lakukan, asalkan Allah mengetahui dan merestui, itu sudah mencukupi... 
bercakap tentang dunia penulisan, sesekali rindu saya untuk menulis... saya bukanlah seorang penulis hebat, malah tidak dikenali pun... mungkin kebetulan saya terjun dalam bidang ini gara-gara saya minat membaca dan otak pula suka berangan-angan hingga tepu jadinya... mahu tak mahu saya luahkannya di atas helaian kertas dan akhirnya, terbentuklah sebuah novel... itu sebenarnya asal usul saya berada di dunia penulisan ini... 
kadang-kadang, terfikir juga saya... apa sebenarnya yang saya cari dalam dunia penulisan ini? populariti? kekayaan? atau selain dari itu? saya tak tahu... cuma saya rasa puas bila hasil karya saya dapat diterima pembaca dan mendapat kirtikan positif mahupun negatif... tidak dikenali? sesuatu yang saya tidak peduli sebenarnya... malah saya lebih suka jika kehidupan saya tidak diketahui sesiapa kecuali Dia yang Satu... pada saya, itulah yang sya cari... kehidupan tanpa gangguan dan dalam masa yang sama, saya mampu melakukan apa yang saya mahu... saya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu penulisan yang tidak seberapa ini dengan sesiapa tapi lokek untuk berkongsi kehidupan peribadi... itu kata kawan-kawan saya dan saya akui, itulah saya... 
pernah juga kawan-kawan rapat bertanya, pada siapa saya berkongsi rasa kalau bukan dengan orang-orang terdekat? saya kata, hanya satu tempat iaitu Allah Taala... bukan saya tidak percaya pada manusia, tapi saya lebih selesa 'berbual-bual' dengan Dia kerana saya tahu, tiada sempadan kita denganNya...
salam sayang untuk semua...
 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012