Saturday, August 17, 2013

Jom jadi penulis...


Berminat menulis novel awal remaja? Lihat di bawah ini...


KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENULIS NOVEL AWAL REMAJA, anda dipelawa untuk menulis dengan kami di Buku Prima. Bagaimana? Berikut disenaraikan panduan untuk anda. Terima kasih. =)

Panduan untuk menulis novel remaja adalah:
1) Langkau 2 baris, Times New Roman, font size 11@12
2) Muka surat 150-250 helai (bercetak hanya di depan sahaja)
3) Sekurang-kurangnya bab antara 15-20 bab
4) Diskripsi ilustrasi perlu diberikan bagi setiap bab. Sekurang-kurangnya 1 atau 2 diskripsi untuk sesebuah bab.
5) Jalan cerita yang berkisarkan remaja yang berumur antara 12-17 tahun.
6) Cintan-cintun amatlah digalakkan tapi hanya kepada pelajaran, hobi (DIY), sukan, aktiviti yang menarik seperti berkawad, cheerleading dll. Boleh masukkan unsur cinta remaja tapi tidak keterlaluan sehingga pegang2 tangan, duduk rapat2, dll.
7) Elakkan cerita yang berunsur tahyul/mistik (tapi genre seram/misteri/fantasi dialu-alukan) dan cerita berkenaan kepahlawanan/kependekaran/sejarah/dll yang dirasakan kurang best
8) Semestinya, novel itu mestilah mempunyai nilai-nilai murni (cth mcm iklan adlin aman ramli kat dalam lrt tu...hehe) dan mampu memberi moral/pengajaran kepada pembaca remaja.
9) Laras bahasa perlu selari dengan audiens kerana ada sesetengah penulis yang sudah terbiasa menulis dengan laras bahasa yang tinggi. Maka, perlu direndahkan sedikit@disantaikan lagi.
10) Jangan lupa, sertakan sinopsis panjang (keseluruhan cerita) dan sinopsis pendek untuk blurb.
11) Oleh kerana, kami selalu berkompromi dengan penulis, maka kami mohon supaya penulis berikan juga cadangan tajuk (yang catchy sahaja) dan cadangan diskripsi cover buku (jika bersesuaian, kita akan ikut..jika sebaliknya, terpulang kepada designer)

2 comments:

  1. Jika cerita cinta tentang pasangan suami isteri tetapi ada batas dalam jalan ceritanya diterima atau tidak?

    ReplyDelete
  2. Wang pembuatannya antara ?.Dan berapa ramai yang telah berkhidmat dengan cik?. Saya ada idea nak buat novel tapi duit yang buat masalah. Baru nak mula menulis.

    ReplyDelete

 

Designed by Tempah Blog Template By productivedreams © 2012