Ada yang pernah bertanya, apa sebenarnya yang saya lakukan dalam hidup? buat seketika saya buntu untuk memberi jawapan... saya tak pasti sama untuk berterus terang atau lebih baik mendiamkan diri... tapi di hati, saya hanya menjawab, tak kiralah apa pun saya lakukan, asalkan Allah mengetahui dan merestui, itu sudah mencukupi...
bercakap tentang dunia penulisan, sesekali rindu saya untuk menulis... saya bukanlah seorang penulis hebat, malah tidak dikenali pun... mungkin kebetulan saya terjun dalam bidang ini gara-gara saya minat membaca dan otak pula suka berangan-angan hingga tepu jadinya... mahu tak mahu saya luahkannya di atas helaian kertas dan akhirnya, terbentuklah sebuah novel... itu sebenarnya asal usul saya berada di dunia penulisan ini...
kadang-kadang, terfikir juga saya... apa sebenarnya yang saya cari dalam dunia penulisan ini? populariti? kekayaan? atau selain dari itu? saya tak tahu... cuma saya rasa puas bila hasil karya saya dapat diterima pembaca dan mendapat kirtikan positif mahupun negatif... tidak dikenali? sesuatu yang saya tidak peduli sebenarnya... malah saya lebih suka jika kehidupan saya tidak diketahui sesiapa kecuali Dia yang Satu... pada saya, itulah yang sya cari... kehidupan tanpa gangguan dan dalam masa yang sama, saya mampu melakukan apa yang saya mahu... saya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu penulisan yang tidak seberapa ini dengan sesiapa tapi lokek untuk berkongsi kehidupan peribadi... itu kata kawan-kawan saya dan saya akui, itulah saya...
pernah juga kawan-kawan rapat bertanya, pada siapa saya berkongsi rasa kalau bukan dengan orang-orang terdekat? saya kata, hanya satu tempat iaitu Allah Taala... bukan saya tidak percaya pada manusia, tapi saya lebih selesa 'berbual-bual' dengan Dia kerana saya tahu, tiada sempadan kita denganNya...
salam sayang untuk semua...
No comments:
Post a Comment